Home / Akhbar / Pemimpin belia elak jadi ejen ‘simbah minyak’

Pemimpin belia elak jadi ejen ‘simbah minyak’

KUALA LUMPUR: Pemimpin belia perlu menjadi ejen pendamai kepada parti politik yang bertelagah dan bukan memburukkan lagi keadaan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berkata tidak banyak pihak mahu melihat persahabatan dibina antara mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya lebih gemar menjadi ejen ‘penyimbah minyak’.

“Dialog dengan memelihara adab perbezaan harus disuburkan bagi menyelesaikan sebarang konflik.

“Sejarah menyaksikan konflik yang tajam tidak membawa negara ke mana-mana,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas tindakan Pengerusi Tetap MBM, Mohd Syahbuddin Hashim yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu dan berniat jahat terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-73 baru-baru ini, Jufitri berkata, ia tidak mewakili pandangan rasmi MBM.

Katanya, pandangan rasmi MBM hanyalah daripada Presiden saja, sedangkan Mohd Syahbuddin menggunakan pentas politik dan langsung tidak menyebut nama MBM sepanjang ucapan beliau.

Beliau juga tidak mahu MBM diheret dalam pertembungan politik kepartian dan sebarang masalah wajar diselesaikan menggunakan platform politik masing-masing.

“MBM adalah platform untuk semua sama ada belia tidak berparti, belia penyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN).

“MBM dan badan gabungannya mahu terus fokus menjayakan agenda pembangunan belia dan negara serta tidak mahu terheret dalam kancah konflik politik kepartian yang boleh merencatkan usaha ini.

“Kami yakin sebahagian besar belia sudah letih dengan senario politik semasa dan mahu pemain politik khususnya kerajaan fokus kepada membangunkan belia serta negara,” katanya.

Jufitri berkata, MBM harus terus dipertahankan sebagai wadah belia untuk semua dan bukan milik eksklusif kelompok tertentu, dan membantu kerajaan serta KBS membangunkan belia serta negara.

Beberapa portal berita semalam melaporkan, Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Ashraf Mustaqim mendakwa Mohd Syahbuddin mengeluarkan kenyataan palsu dan berniat jahat terhadap KBS diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga Ketua ARMADA.

Mohd Ashraf turut mencabar Mohd Syahbuddin supaya membawa keluar MBM daripada sistem Pendaftar Belia (ROY) dan bergerak sendiri di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/636790/pemimpin-belia-elak-jadi-ejen-simbah-minyak

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »