Home / Kenyataan Akhbar / MBM KEKAL FOKUS MEMBANGUNKAN BELIA DAN NEGARA, TIDAK BERMINAT DIHERET DALAM KANCAH POLITIK KEPARTIAN

MBM KEKAL FOKUS MEMBANGUNKAN BELIA DAN NEGARA, TIDAK BERMINAT DIHERET DALAM KANCAH POLITIK KEPARTIAN

Merujuk kepada kenyataan sahabat kami Saudara Ashraf Mustaqim, Exco Armada Nasional;

1) Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa agar MBM tidak diheret dalam pertembungan politik kepartian. Ianya wajar diselesaikan menggunakan platform politik masing masing. MBM adalah platform secara kolektifnya non-partisan untuk semua sama ada belia tidak berparti, belia penyokong PH mahupun belia penyokong BN;

2) Pandangan dan tujahan sahabat kami, YB Mohd Syahbuddin Hashim di Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini tidak mewakili pandangan rasmi MBM kerana pandangan rasmi adalah pada Presiden MBM sementelah YB Syahbuddin menggunakan pentas politik dan bukan pergerakan belia jauh sekali MBM. Nama MBM langsung tidak disebut sepanjang ucapan beliau;

3) MBM dan badan gabungannya mahu terus fokus menjayakan agenda pembangunan belia dan negara dan tidak mahu terheret dalam kancah konflik politik kepartian yang boleh merencatkan usaha ini. Kami yakin sebahagian besar belia sudah letih dengan senario politik semasa dan mahu para pemain politik khususnya Kerajaan fokus kepada membangunkan belia dan Negara;

4) MBM juga ingin menyeru agar pemimpin belia memainkan peranan sebagai agen pendamai kepada kedua-dua pihak kerana tidak ramai yang mahu melihat persahabatan dibina walaupun berbeza pandangan sebaliknya ramai yang suka menjadi agen penyimbah minyak. Dialog dengan memelihara adab perbezaan harus disuburkan bagi menyelesaikan sebarang konflik. Sejarah menyaksikan konflik yang tajam tidak membawa Negara ke mana-mana;

5) MBM harus terus dipertahankan sebagai wadah belia untuk semua (bukan milik eksklusif kelompok tertentu) yang membantu Kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk membangunkan belia dan Negara;

6) Marilah sama-sama kita fokus menyokong Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Filipina yang boleh menjadi faktor penyatu kita semua.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 9 Disember 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »