Home / Kenyataan Akhbar / GENERASI MUDA DIGESA HAYATI LIRIK LAGU NEGARAKU BANGKIT SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

GENERASI MUDA DIGESA HAYATI LIRIK LAGU NEGARAKU BANGKIT SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

Majlis Belia Malaysia (MBM) berpendirian tidak bersetuju dengan alasan bahawa nyanyian lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin, bahasa Arab atau lain-lain bahasa adalah bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab ketika menyanyikan lagu tersebut seperti yang tular baru-baru ini. Insiden ini telah menjatuhkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan masyarakat dan seterusnya memberi imej buruk terhadap generasi muda yang dilihat mempersenda simbol negara yang sepatutnya dihormati.

Walaupun ia tidak dilakukan semasa acara rasmi, namun adalah tidak wajar lagu Negaraku diterjemahkan dan dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan. Tidak kira apa alasan sekalipun lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan wajib dinyanyikan dalam bahasa Melayu sebagai mendokong Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mengenai Bahasa Kebangsaan. 

Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara. Generasi muda hari ini harus peka tentang sejarah dan menghayati lirik lagu Negaraku bagi membangkitkan lagi semangat kecintaan terhadap negara.  

MBM menyeru rakyat Malaysia terutamanya generasi muda supaya menghindari apa jua bentuk perkara yang boleh mencetuskan api perpaduan dan sentiasa menjaga keharmonian negara supaya rakyat Malaysia kekal hidup bersatu padu dan aman damai dalam sebuah negara yang sejahtera.

NG CHOR ENG

TIMBALAN KETUA PENERANGAN

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh: 9 Disember 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »