Home / Berita / KURSUS TERNAKAN AYAM KAMPUNG GALAK BELIA JADI USAHAWAN

KURSUS TERNAKAN AYAM KAMPUNG GALAK BELIA JADI USAHAWAN

ALOR GAJAH 1 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung di Kem Permata Resort, Kg Air Paabas.

Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan ini mendapat kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Institut Teknologi Unggas, Unit Agroprenuer Muda MOA, Agrobank Dan Persatuan Alumni Institut Veterinar Malaysia.

Kursus bermula dari 28 November ini diadakan secara percuma kepada belia yang terpilih. Peserta didedahkan dengan tatacara penternakan ayam kampong bermula dari proses telur hingga jualan.

Seramai 35 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang kerjaya hadir bagi mendapatkan input serta peluang yang disediakan untuk menceburi usahawan baru.

Program ini merupakan inisiatif dibawah biro jawatankuasa pertanian dan industri asas tani Majlis Belia Malaysia untuk memberi ilmu pengetahuan serta pengalaman kepada belia yang berminat didalam bidang penternakan ayam kampung terutamanya.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »