Home / Berita / PERKONGSIAN IDEA “MEMBUDAYAKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI”

PERKONGSIAN IDEA “MEMBUDAYAKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI”

PORT DICKSON 29 November – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan perkongsian idea bertajuk “Membudayakan Kecemerlangan Organisasi” di Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2020 anjuran Bahagian Koordinasi TVET Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sdr. Jufitri berkongsi rahsia kejayaan syarikat Zappos.com pimpinan Tony Hsieh yang menjadikan tema “Delivering Happines” sebagai falsafah perjuangan syarikat. Perkongsian saudara Jufitri berdasarkan buku tulisan Tony Hsieh bertajuk “The Power of Wow” sambil disulami pengalaman mengurus MBM.

3 formula Zappos.com ialah Connecting – Cultivating – Creating. Zappos.com adalah syarikat perniagaan kasut dan pakaian atas talian yang berjaya, mempunyai 14 000 pekerja dengan falsafah menggembirakan pekerja dan pelanggan. Tambah menarik apabila Tony Hsieh adalah seorang Ceo yang hidup sederhana dan mementingkan visi & misi syarikat berbanding membuat untung semata-mata.

Saudara Jufitri sempat berbincang dengan Dr. Shamsuri Abdullah Pengarah Bahagian Koordinasi TVET bagi menjalinkan kerjasama membangunkan TVET khususnya di kalangan golongan belia NEET (Not in Education, Employment and Training).

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »