Home / Berita / Program Preventing and Countering Violent Extremism (P/CVE)
muslim militants

Program Preventing and Countering Violent Extremism (P/CVE)

Pada 27 November 2019, The Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT) di bawah Kementerian Luar Negeri Malaysia, dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menganjurkan program Preventing and Countering Violent Extremism (P/CVE) Campaigns bertempat di Hotel Berjaya Times Square. Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengambil bahagian menghadiri satu sesi program tersebut dengan diwakili oleh Youth Taskforce on Foreign Affairs and Diplomacy dan Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan SDG.

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) Kementerian Luar Negeri yang telah menyampaikan ucaptama dan penutup bagi program tersebut. Dua sesi panel oleh wakil dari Universiti Islam Antarabangsa, Pegawai SEARCCT, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan IKRAM telah berlangsung berkisar tentang isu-isu keganasan, strategi pengambilan penjenayah, hubungkait keganasan dengan media sosial dan wanita serta strategi kempen secara efektif. Sesi perbincangan berkumpulan juga dijalankan difasilitasikan Bersama oleh SEARCCT serta IKRAM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »