Home / Artikel / BELANJAWAN 2020 : RM5.9 BILION UNTUK PROGRAM TVET

BELANJAWAN 2020 : RM5.9 BILION UNTUK PROGRAM TVET

Kerajaan memperuntukkan RM5.9 bilion bagi mengarus perdana Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam negara. Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 memberi sinergi antara sektor awam dan swasta untuk diperkukuhkan menerusi peningkatan pembiayaan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (SSDC). Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi membiayai kursus TVET yang dilaksanakan SSDC.

Peningkatan peruntukan kepada RM5.9 bilion dalam Belanjawan 2020 bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), diyakini mampu menambah penyertaan belia dalam bidang kemahiran.

MBM menerusi Jawatankuasa Pendidikan menyambut baik tujuan kerajaan dalam menyediakan latihan TVET yang dipadankan dengan pekerjaan bersesuaian. Ini bermaksud kerajaan juga menyediakan RM30 juta untuk melatih lebih 3,000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Walaubagaimanapun, MBM berpandangan kerajaan perlu mengambil kira keperluan semasa sektor pendidikan termasuk peruntukan bagi memperkasa bidang pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang lebih aras tinggi. Justeru, kami yakin bahawa Kerajaan akan memperluaskan laluan kerjaya graduan TVET untuk melanjutkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan. Maka, peluang ini perlu diambil oleh Belia dalam mempertingkatkan ilmu dalam bidang kemahiran.

Para Belia yang ingin melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) juga telah mula menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang sudah menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional tahun hadapan.

Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) juga dibenarkan menggunakan lebihan hasil yang dijana daripada kursus TVET yang disediakan kepada industri untuk perbelanjaan seperti menaik taraf peralatan dan melantik tenaga pengajar daripada industri.  Ini bertujuan menggalakkan kerjasama industri yang lebih baik oleh ILKA dan geran padanan yang berjumlah RM20 juta dapat disediakan untuk menyokong kursus TVET yang direka khas untuk dilaksanakan dengan kerjasama industri.

Maka, sokongan kerajaan terhadap pembangunan pendidikan dan TVET perlulah konsisten apabila institusi-institusi yang mendominasi latihan kemahiran menerima sejumlah peruntukan untuk melatih calon pekerja mahir dan separa mahir yang kebanyakannya di peringkat sijil dan diploma.

MBM juga menyedari keperluan terhadap latihan kemahiran aras tinggi ini perlu diselaraskan bersama dengan pihak kerajaan dalam memperkenalkan dana-dana tertentu antaranya Dana Wibawa Pendidikan TVET dan Program Bootcamp berkaitan TVET untuk meningkatkan kompetensi belia.

Dengan adanya peruntukan tersebut, ianya amatlah diperlukan bagi menyokong agenda samada pihak pengendali latihan atau pihak universiti dalam menyambut usaha meningkatkan kualiti pendidikan TVET ke aras tinggi dan juga menjalankan penyelidikan dalam memenuhi keperluan industri.

Justeru, MBM menerusi Jawatankuasa Pendidikan juga berharap agar Belanjawan 2020 menjadi pemangkin yang dapat diharapkan dalam memperbanyakkan geran melatih bakal graduan dan menggalakkan pemindahan teknologi dari universiti atau pusat-pusat latihan yang berpretasi tinggi kepada masyarakat menerusi sokongan dana industri dan aktiviti penyelidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Sekian, Terima kasih

JAMALUDIN BIN ANUAR

Ahli Jawatankuasa Pendidikan

Majlis Belia Malaysia

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »