Home / Berita / BIRO PEMBANGUNAN MANUSIA, SOSIAL DAN ANTI DADAH MBM HADIRI SOUTH ASIAN YOUTH DEVELOPMENT SUMMIT DI NEPAL

BIRO PEMBANGUNAN MANUSIA, SOSIAL DAN ANTI DADAH MBM HADIRI SOUTH ASIAN YOUTH DEVELOPMENT SUMMIT DI NEPAL

KATHMANDU 5 November – Dr. Mohamad Erhan Rahimi Ab Rahman, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Sosial dan Anti Dadah Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri South Asian Youth Development Summit yang berlangsung pada 2 hingga 5 November 2019.

Sidang Kemuncak ini dihadiri oleh para pemimpin belia Asia Selatan daripada pelbagai organisasi, telah berlangsung di Park Village Resort, Budhanilkantha, Kathmandu.

Dua tema pokok yang dibincangkan dalam sidang berkisar tentang “Enhancement of Bilateral Ties in between Asian Countries”, dan juga Peranan Belia Asia dalam mendepani “Belt and Road Initiative”.

Dalam persidangan ini juga beberapa tokoh belia telah diberi penghargaan atas sumbangan bakti di bidang kemanusiaan, bencana alam, pendidikan dan hak asasi manusia. Dr Mohamad Erhan Rahman telah turut terpilih untuk menerima anugerah South Asian Youth Development Award atas dasar pembangunan pendidikan belia, juga keaktifan menggerakkan misi kemanusiaan di kawasan bencana alam (Malaysia, Indonesia dan Asia Tenggara).

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh HE Dr. Kundan Arya, Ahli Parlimen Nepal merangkap Penasihat Media kepada Perdana Menteri Nepal.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »