Home / Kenyataan Akhbar / MBM DESAK PENSYARAH UPM MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA BERHUBUNG KENYATAAN HINA PEKERJA E-HAILING

MBM DESAK PENSYARAH UPM MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA BERHUBUNG KENYATAAN HINA PEKERJA E-HAILING

Majlis Belia Malaysia (MBM) terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

MBM sebagai badan induk pertubuhan belia Malaysia dan mewakili golongan ini mendesak agar Pensyarah berkenaan, Profesor Madya Dr. Mohd Yusof Saari membuat permohonan maaf secara terbuka kerana secara jelas beliau membuat kenyataan berbentuk provokatif, menyinggung dan penghinaan.

Sewaktu mengupas topik Belanjawan 2020 bersama panel jemputan, beliau memberi jawapan bahawa pekerja penghantaran (e-hailing) sebagai kerja yang tidak bermaruah.

Harus diingat, majoriti pekerja-pekerja penghantaran ini adalah golongan belia yang berjuang menyara hidup dan keluarga dalam persekitaran ekonomi yang suram demi mencari rezeki halal.

MBM juga kesal kerana sebagai seorang yang berilmu dan berpendidikan tinggi, beliau sepatutnya lebih peka dan sensitif dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan hujah yang boleh mengundang natijah besar.

Pepatah lama ada menyebut, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Beliau perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuat walaupun berkemungkinan besar tersalah memilih perkataan bersesuaian sewaktu memperincikan topik itu dalam rancangan berkenaan.

MBM juga berharap kes ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja agar lebih peka dan sensitif supaya berhati-hati dalam membuat tafsiran dan kenyataan khususnya di platform media sosial.

Kejayaan seseorang bukan bermaksud dia memiliki segulung ijazah tetapi bagaimana dia benar-benar hadir di tengah masalah masyarakat dan menjadikan dirinya manfaat kepada orang lain.

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH
KETUA PENERANGAN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh: 15 Oktober 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »