Home / Kenyataan Akhbar / MBM HARAP BELANJAWAN 2020 MENJADI PERMULAAN YANG BAIK UNTUK AGENDA KEMAKMURAN BERSAMA

MBM HARAP BELANJAWAN 2020 MENJADI PERMULAAN YANG BAIK UNTUK AGENDA KEMAKMURAN BERSAMA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2020 yang dibentangkan sebentar tadi oleh Menteri Kewangan dengan mengambil kira Agenda Kemakmuran Bersama, Agenda Pembangunan Mampan (SDG), usaha mengatasi jurang antara miskin dan kaya, dan reformasi institusi.

Ini merupakan belanjawan yang segar bagi Kerajaan baharu kerana belanjawan tahun lepas masih dibayangi legasi Kerajaan lama.

Sebagai badan rasmi suara belia, MBM terpanggil untuk memberikan beberapa komen demi kebaikan pembangunan belia dan Negara:

1.) Ini merupakan antara belanjawan terbaik Negara melalui inisiatif #MalaysiaKerja untuk mengurangkan kadar pengangguran belia yang mencecah 6.8 % (2018) dan selaras fokus Kerajaan untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan.

Insentif pekerjaan untuk graduan menganggur dan majikan amat baik untuk menyelesaikan masalah lambakan graduan dan belia menganggur sekaligus mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh asing;

2.) MBM mengalu-alukan Kerajaan memanjangkan inisiatif Skim Perumahan Belia yang dikendalikan BSN sambil menggesa Kerajaan menyebarluaskan maklumat berkenaan peluang ini secara lebih agresif kepada para belia dan menambahkan lagi tawaran unit rumah melebihi 10 000 unit pada masa hadapan;

3.) Peruntukan pembangunan belia harus diperluaskan lagi bukan hanya peruntukkan kepada Kelab Pemuda Belia (YPC) dan MFLS bahkan kepada Majlis Belia Malaysia dan seluruh pergerakan belia. Ini bagi membolehkan MBM menjalankan fungsi besarnya sebagai badan rasmi suara belia Negara secara berkesan yang membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menyerlahkan bakat dan potensi belia. Selain itu ianya adalah untuk menggalakkan para belia menyertai atau menubuhkan pergerakan belia di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi membina jati diri dan akhlak sekaligus menjauhkan diri mereka dari gejala sosial;

4.) MBM melihat inisiatif penambahan akses jalur lebar khususnya ke kawasan luar bandar penting bagi menggalakan ekonomi digital luar bandar sekaligus menghalang penghijrahan beramai-ramai ke luar bandar;

5.) 25 juta peruntukkan untuk mengurus, mentadbir dan memperluaskan usaha Bank Makanan atau Food Bank adalah amat baik dan MBM mencadangkan agar Bank Makanan ini diperluaskan ke IPTS dan institusi pengajian yang lain kerana terdapat ramai pelajar B40 yang memerlukan inisiatif sebegini untuk terus kekal fokus kepada pelajaran;

6.) MBM memuji usaha Kerajaan mengarusperdanakan TVET namun dana RM 50 juta untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) harus terus dipertingkatkan pada masa hadapan bagi mememuhi tenaga kerja mahir pada masa hadapan dan menangani isu pelajar-pelajar yang tidak minat dengan akademik dan dropped out;

7.) MBM juga mengucapkan terima kasih kerana mendengar desakan MBM dan pelbagai pihak agar gaji minima dinaikkan ke RM 1200 khususnya di bandar bandar sambil mengharapkan ia akan mencapai tahap RM 1500 seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Harapan.

MBM ingin menyeru agar:

1.) Para belia dan rakyat Malaysia mengambil dan merebut peluang-peluang pinjaman, pembiayaan dan geran yang banyak disediakan dalam pelbagai sektor seperti keusahawanan, keusahwanan sosial, ekonomi digital, PKS dan agenda bumiputera di dalam belanjawan kali ini;

2.) Kerajaan terus fokus menyelesaikan kelembapan ekonomi, membawa masuk pelaburan, mengurus hutang Negara, meningkatkan tata kelola yang baik, membasmi ketirisan, memerangi rasuah dan meningkatkan peluang pekerjaan serta tidak disibukkan dengan politiking sempit dan konflik dalaman parti politik.

3.) Belia dan rakyat bukan hanya tahu meminta hak tetapi bersama-sama menunaikan tanggungjawab untuk membantu pembangunan Negara seperti berkerja lebih rajin, membayar cukai dan menyuburkan kerja sukarela.

MBM akan terus memainkan peranan monitoring bagi memastikan Belanjawan 2020 berjaya sampai ke akar umbi dan diagihkan secara adil.

Harapan pelan fiskal yang menyeluruh ini adalah untuk kemakmuran bersama dan belanjawan yang diharap akan menjadi stimulasi ekonomi ke arah yang lebih baik.

Paling penting bagi MBM, belanjawan ini dapat membantu anak muda belia untuk berkembang maju dalam Revolusi Industri 4.0 di zaman VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity & Ambiguity).

JUFITRI JOHA
Presiden
Majlis Belia Malaysia

Bertarikh: 12 Oktober 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »