Home / Kenyataan Akhbar / SUBSIDI PERLU SASAR KEPADA GOLONGAN PALING RAMAI TERKESAN KOS SARA HIDUP

SUBSIDI PERLU SASAR KEPADA GOLONGAN PALING RAMAI TERKESAN KOS SARA HIDUP

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik hasrat kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Petrol Bersasar kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan berdaftar seperti dicadangkan bermula Januari 2020.

Namun MBM berpandangan subsidi yang ditetapkan pada kadar RM30 sebulan bagi kereta di bawah 1600cc dan RM12 sebulan bagi motosikal tidak memberikan impak berkesan kepada pengguna dalam menangani kos sara hidup yang semakin menghimpit, terutama dalam aspek pengangkutan.

Justeru itu, MBM mencadangkan agar kerajaan memberi fokus kepada memperluaskan Subsidi Pengangkutan Awam sebagai alternatif. Umum mengetahui sebanyak 70% rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam. Subsidi ini bukan sahaja dapat dinikmati sepenuhnya oleh golongan pelajar, malah pengguna pengangkutan awam yang terdiri daripada rakyat dalam golongan berpendapatan rendah, B40 juga turut dapat menikmatinya.

Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas yang dilihat semakin kurang mendapat sambutan.

MBM berharap pembentangan Belanjawan 2020 dapat mengambilkira pandangan ini demi kemakmuran bersama.

Terima kasih.

AHMAD SHAH MOHAMAD SALLEH              

TIMBALAN PENGERUSI

BIRO PERPADUAN, INTEGRASI NASIONAL DAN

KEPENGGUNAAN MBM/

EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 11 Oktober 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »