Home / Artikel / RESOLUSI SIDANG MEJA BULAT: PENUBUHAN MAJLIS BELIA TAHFIZ

RESOLUSI SIDANG MEJA BULAT: PENUBUHAN MAJLIS BELIA TAHFIZ

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan satu “Persidangan Meja Bulat: Belia Tahfiz Dalam Arus Pembangunan Belia” pada 30 September 2019 untuk mendapatkan maklum balas dan berkongsi idea isu-isu berkaitan belia tahfiz sekaligus membentuk sebuah pertubuhan belia berasaskan belia tahfiz agar dapat dijadikan wadah dalam menyerlahkan potensi golongan belia tahfiz.

Persidangan yang dihadiri oleh beberapa wakil daripada pertubuhan tahfiz, antaranya Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Persatuan Ihtimam Tahfiz Al- Quran Selangor (PINTA Selangor) dan Permata Al-Quran Malaysia. Wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan juga Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) turut hadir dalam sesi perbincangan bersama-sama kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) seterusnya berjaya membentuk beberapa resolusi, antaranya;

1. Satu wadah pergerakan belia akan dibentuk bagi mengangkat suara belia tahfiz supaya dapat didengari dalam satu bentuk yang lebih kuat dan utuh selain mengasah bakat dan kepimpinan serta memperkukuh hala tuju masa depan mereka;

2. Wadah tersebut akan membentuk sebuah pergerakan belia tahfiz peringkat kebangsaan yang berdaftar sah di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk digerakkan oleh pelajar tahfiz dan guru muda institusi tahfiz.

3. Memperkasa Institusi Tahfiz dalam mendapat manfaat dan inisiatif daripada pihak KBS dan menyertai program-program MBM;

4. Sementara menunggu proses perbincangan pembentukan wadah tersebut, Sekretariat Belia Tahfiz akan dibentuk dan diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM dalam mengelola sebarang program yang bakal dirancang bersama belia tahfiz;

5. Mengangkat belia tahfiz sebagai penggerak utama dalam dakwah bagi menyelesaikan masalah akidah, ibadah dan akhlak belia. 

6. Satu program susulan bersama akan dianjurkan sebagai langkah memperkenalkan MBM kepada belia tahfiz.

Bertarikh: 30 September 2019 | Bilik Mesyuarat MBM, Wisma MBM Kuala Lumpur

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »