Home / Berita / MBM HANTAR WAKIL KE KONGRES MARUAH MELAYU

MBM HANTAR WAKIL KE KONGRES MARUAH MELAYU

SHAH ALAM 6 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghantar wakil menghadiri Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Malawati semalam. MBM diwakili oleh Naib Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid selain menghantar peserta-peserta dari gabungannya; Majlis Belia Negeri Sembilan dan Majlis Belia Negeri Selangor.

Perhimpunan tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut menyampaikan amanat selain pemimpin-pemimpin utama parti politik Melayu.

“Kehadiran MBM ke program ini adalah atas jemputan pihak penganjur turut menghimpunkan pemimpin NGO lain dan organisasi mewakili orang Melayu untuk bersama-sama memulihkan maruah dan semangat bangsa berkenaan”, ujar Izzat.

“Program ini tidak boleh dilihat sebagai usaha menaikkan sentimen perkauman bahkan perlu dilihat dari sudut terbuka dan positif memandangkan Melayu adalah masyarakat majoriti di negara ini”, tambah beliau.

Kongres tersebut turut menghasilkan resolusi berkaitan kluster pendidikan, agama, budaya, politik dan ekonomi.

Kongres harus fokus menghasilkan tindakan praktikal daripada resolusi dan tidak semata-semata retorik apatah lagi digunakan untuk kepentingan politik yang sempit.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »