Home / Minda Presiden / UCAPAN ALUAN PRESIDEN MBM SEMPENA KONGRES BELIA 2019

UCAPAN ALUAN PRESIDEN MBM SEMPENA KONGRES BELIA 2019

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM SEJAHTERA.

MENGADAP KEBAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, PEMANGKU RAJA.

AMPUN TUNKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN. PATIK SELAKU PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG KASIH KE BAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA KERANA SUDI MENCEMAR DULI BERANGKAT UNTUK KONGRES BELIA 2019. KEBERANGKATAN KE BAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA KE MAJLIS INI MENCERMINKAN SIKAP DAN KEPERIBADIAN MULIA KE BAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA BUKAN SAHAJA KEPADA BELIA JOHOR MALAH ANAK MUDA DI SELURUH NEGARA.

AMPUN TUNKU,

PATIK AMAT BERSYUKUR KERANA DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DAN KATA KATA SEMANGAT BAGI KAMI, BARISAN MAJLIS BELIA MALAYSIA MELAKSANAKAN KONGRES INI. MALAH, KE BAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA TIDAK PERNAH LETIH DAN JEMU UNTUK TURUN PADANG MENYANTUNI RAKYAT JELATA. DENGAN LIMPAH PERKENAN KEBAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA, SETERUSNYA PATIK MEMOHON LIMPAH PERKENAN DAN KEIZINAN UNTUK MEMPERSEMBAHKAN SEPATAH DUA KATA KEPADA PARA HADIRIN SEKALIAN.

AMPUN TUNKU,

SALUTASI

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SUDAH LAMA MERENDAM SELASIH,

BARULAH KINI MAHU MENGEMBANG,

SUDAH LAMA KUPENDAM KASIH,

BARULAH KINI BERTEMU PANDANG

INGIN SAYA PERTEGASKAN BAHAWA PERHIMPUNAN KITA DI DALAM KONGRES BELIA 2019 INI ADALAH SEBAGAI MANIFESTASI SOLIDARITI KEPADA SELURUH PEMIMPIN PERGERAKAN BELIA BAHAWA DISEBALIK MEHNAH DAN TRIBULASI YANG DIHADAPI KETIKA INI, PERGERAKAN BELIA AKAN TERUS BUGAR DAN MENGHARUM BAHKAN MEWANGI BERPERANAN SEBAGAI NADI DENYUT BELIA DAN RAKYAT BAGI MEMBANGUNKAN BELIA DAN NEGARA.

SEBAGAI PERTUBUHAN INDUK YANG MENAUNGI 41 BADAN GABUNGAN TERMASUK YANG TERBARU MAJLIS BELIA FELCRA DAN MAJLIS BELIA ORANG ASLI, 103 MAJLIS BELIA DAERAH, 6 GABUNGAN PERSATUAN BELIA DI SABAH, 74 CAWANGAN PERTUBUHAN BELIA DI SARAWAK DAN 8924 PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR YANG MASIH AKTIF SERTA MEWAKILI 14.7 JUTA BELIA, MBM AKAN TERUS KEKAL BERPERANAN MEMPERJUANGKAN SUARA DAN ISU BELIA. PERGERAKAN BELIA AKAN TERUS MENJADI MEDIUM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF ATAU POSITIVE YOUTH DEVELOPMENT (PYD) YANG MENJADI BENTENG GEJALA SOSIAL DAN KEMUNGKARAN.

PEMIMPIN PERGERAKAN BELIA HARUS TERUS MEMBERIKAN TUMPUAN MENGGEMBLING TENAGA UNTUK MENANGANI ISU-ISU UTAMA BELIA BERKAITAN EKONOMI, PENGANGGURAN, PEMBUANGAN PEKERJAAN SERTA GEJALA SOSIAL YANG MEMBIMBANGKAN. KITA AMAT TERKESAN DAN RISAU DENGAN KEADAAN SEMASA POLITIK DAN EKONOMI YANG TIDAK STABIL. KITA JUGA BIMBANG DENGAN DAPATAN KAJIAN KESIHATAN DAN MORBIDITI KEBANGSAAN 2017 MENDAPATI TINGKAH LAKU BUNUH DIRI DALAM KALANGAN REMAJA BERUSIA 13 HINGGA 17 TAHUN MENUNJUKKAN TREND PENINGKATAN. MBM TELAH PUN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH KONKRIT DAN PRAKTIKAL BAGI KEKAL FOKUS MENANGANI ISU INI.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

KONGRES BELIA 2019 YANG DIHADIRI LEBIH 3,000 ORANG PEMIMPIN DAN PERWAKILAN BELIA SELURUH MALAYSIA TERMASUK KEPIMPINAN DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH (SLB), IPTA/S, KOLEJ, POLITEKNIK SERTA JEMPUTAN KHAS 20 ORANG KEPIMPINAN KOMITE NASIONAL PEMUDA INDONESIA (KNPI) PROVINSI KEPULAUAN RIAU (KEPRI) INGIN MENGHANTAR MESEJ YANG JELAS BAHAWA BETAPA PENTINGNYA RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA DAN BELIA KHUSUSNYA MEMPERTAHANKAN ASAS-ASAS KENEGARAAN SEPERTI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG UNDANG TUBUH NEGERI, INSTITUSI DI RAJA, RUKUN NEGARA, BAHASA MELAYU, AGAMA ISLAM DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN SEBAGAI TIANG SERI KEPADA PERPADUAN KAUM, KESTABILAN DAN KEMAKMURAN BERSAMA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

KONGRES BELIA 2019 INI JUGA DIADAKAN DI NEGERI JOHOR SEBAGAI SATU MANIFESTASI BETAPA PENTINGNYA HUBUNGAN INSTITUSI PERGERAKAN BELIA DENGAN INSTITUSI DI RAJA KHUSUSNYA RAJA-RAJA MUDA. SAYA YAKIN DAN PERCAYA JIKA LANGKAH YANG DI AMBIL OLEH MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR (MBNJ) DIIKUTI OLEH SEMUA MAJLIS BELIA NEGERI YANG LAIN, SUDAH PASTI LEBIH RAMAI GENERASI MUDA MEMAHAMI KEPENTINGAN DAN RELEVENSI INSTITUSI DIRAJA SEBAGAI APOLITICAL INSTITUTION YANG MENAUNGI RAKYAT JELATA DAN BELIA. SUDAH PASTI KERJASAMA ERAT INSTITUSI PERGERAKAN BELIA DENGAN INSTITUSI DI RAJA AKAN MENGHASILKAN IMPAK YANG LEBIH BAIK DEMI AGENDA PEMBANGUNAN BELIA DAN NEGARA. MALAH HASRAT INI TELAH PUN SAYA PERSEMBAHKAN KEPADA KE BAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA TEMPOH HARI DAN MENDAPAT PERKENAN TUANKU SEPERTI KATA-KATA IBN AL-DAWADARI, PENULIS KANZ AL-DURAR (KHAZANAH MUTIARA), “HATI NURANI PARA RAJA PEKA DENGAN HAL EHWAL DAN PERISTIWA ZAMAN”. SUDAH MENJADI HASRAT SAYA SEJAK DAHULU LAGI UNTUK MENJADIKAN MBM LEBIH BERANI DAN BERWIBAWA, INSTITUSI DI RAJA MESTI DIDEKATI AGAR MENJADI PENAUNG YANG MEMBERI NASIHAT IKHLAS DAN TEMAN JUJUR DEMI KEBAIKAN BELIA DAN NEGARA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

MEMANDA MENTERI BAZRAJAMHAR PERNAH MENITIP NASIHAT APABILA DIMINTA OLEH SHAHANSHAH (RAJA PARSI) ANUSHIRWAN BAGI KELANGSUNGAN KERAJAANNYA.

“DUNIA LAKSANA TAMAN, PAGARNYA IALAH KERAJAAN;

KERAJAAN LAKSANA WILAYAH, PERUNDANGANNYA IALAH RAJA;

RAJA LAKSANA GEMBALA, TENTERA MENYOKONGNYA;

TENTERA LAKSANA BANTUAN, KEKAYAAN MENDIRIKANNYA;

KEKAYAAN LAKSANA MAKANAN, RAKYAT MENGUMPULKANNYA;

RAKYAT LAKSANA KAKITANGAN, KEADILAN MENUNDUKKANNYA;

DAN KEADILAN LAKSANA SARA HIDUP, DENGANNYA TERTEGAKLAH DUNIA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

AKHIR KATA, SAYA SUDAH TENTU INGIN MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN KE BAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA YANG MEMBERI LIMPAH NASIHAT, BIMBINGAN, SOKONGAN DAN PEMBERIAN KURNIAAN SUMBANGAN PERIBADI KEPADA MAJLIS BELIA MALAYSIA BUKAN SAHAJA UNTUK MENJAYAKAN KONGRES INI, MALAH MEMBOLEHKAN MBM BERSIAGA DI MASA HADAPAN.

KEPADA JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN DI NEGERI JOHOR TERUTAMANYA INSTITUT INTERGRITI KEPIMPINAN DAN LATIHAN SEMANGAT DATO ONN (IKLAS) YANG TIDAK LETIH MELAYAN KERENAH KAMI, KEPADA YB EXCO BELIA DAN SUKAN, KOPERASI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI JOHOR YANG SENTIASA MEMBERI DORONGAN SEHINGGA BERJAYA KONGRES INI, KEPADA MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR YANG TIDAK HETI HENTI BEKERJA UNTUK KEJAYAAN KONGRES INI DAN TIDAK LUPA BUAT SEMUA PIMPINAN BELIA DIPELBAGAI PERINGKAT DAN PELUSUK NEGERI YANG HADIR PADA HARI INI.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

AMPUN TUANKU,

SEKIANLAH SEPATAH DUA KATA PATIK PERSEMBAHKAN KEPADA HADIRIN YANG HADIR, DI SETIAP BAIT KATA YANG PATIK UCAPKAN TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN, HASIL DARIPADA BIMBINGAN DAN NASIHAT KE BAWAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA. PATIK MOHON PERKENAN.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

TMJ! TMJ! TMJ!

AMPUN TUANKU

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »