Home / Kenyataan Akhbar / MUAFAKAT NASIONAL MEMPERKUATKAN INSTITUSI PEMBANGKANG DAN DEMOKRASI NEGARA

MUAFAKAT NASIONAL MEMPERKUATKAN INSTITUSI PEMBANGKANG DAN DEMOKRASI NEGARA

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengikuti rapat perkembangan blok pembangkang yang mana pada 14 September 2019 telah memeterai satu piagam yang menyatukan UMNO dan PAS yang dinamakan Muafakat Nasional (MN).

Sebagai platform semak dan imbang (check and balance) kepada Kerajaan dan Pembangkang, MBM mengalu-alukan sebarang usaha yang bertujuan menyuburkan lagi demokrasi di dalam Negara ini dan yakin MN ini akan memperkukuhkan lagi blok pembangkang yang pastinya menguatkan peranan mereka di dalam menjalankan tugas sebagai semak dan imbang kepada kerajaan. 

MN yang baru dilancarkan Sabtu lepas bukan sahaja memberikan fokus kepada penyatuan untuk orang Melayu, tapi diharapkan sebagai satu komitmen bagi mempertahankan kepelbagaian dalam negara ini tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit juga satu tindakan yang bertepatan di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang majmuk dan berbilang bangsa. MN mesti bergerak ke arah aliran garis tengah sederhana dan bukannya ke garis keras kanan mahupun garis keras kiri. Tambah molek jika MN dipelopori oleh golongan muda di dalam UMNO dan PAS yang masih segar dan bebas daripada ‘historical baggage’.

Diharapkan dengan kewujudan permuafakatan di kalangan blok pembangkang dan Pakatan Harapan di blok kerajaan akan memberi kestabilan politik di dalam Negara ini, dan politik matang dapat diamalkan oleh semua parti dalam negara ini, iaitu politik khidmat, bukannya politik untuk manfaat diri sendiri. Paling penting bagi MBM ialah rakyat akan dapat manfaat dan keuntungan daripada kerajaan dan pembangkang yang kuat.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 17 September 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »