Home / Kenyataan Akhbar / PELUNCURAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR INKLUSIF OKU DI INSITUSI PENGAJIAN TINGGI

PELUNCURAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR INKLUSIF OKU DI INSITUSI PENGAJIAN TINGGI

Inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan meluncurkan Dasar Inklusif Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk dilaksanakan seluruh Universiti Awam serta Swasta didukung sepenuhnya oleh Majlis Belia Malaysia (MBM). Dasar ini bukan sekadar mencerminkan inklusiviti terhadap OKU tetapi dasar liberalisasi penuh terhadap seluruh warganegara Malaysia untuk mendapat hak yang saksama tanpa mengira keupayaan atau tingkat sosial. MBM sendiri telah mengambil inisiatif memberikan perhatian terhadap golongan ini dengan menjadi pemudahcara semasa sesi perjumpaan Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan (ROY) bersama Koordinator Belia, Sukarelawan Sokongan OKU (SOKU) bagi membincangkan penubuhan Majlis Belia OKU pada bulan Jun lalu.

MBM melihat bahawa komitmen kerajaan melaksanakan Dasar Sifar Penolakan (Zero-reject Policy) secara menyeluruh bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di bawah Kementerian Pendidikan adalah sebuah usaha yang telah dizahirkan dan patut diberikan sokongan pelbagai pihak. Sebagai contoh, secara implisit kerajaan mencadangkan dalam dasar berkenaan supaya Unit Perkhidmatan OKU ditempatkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor. Hal ini bagi memastikan keberkesanan langsung terhadap isu berkaitan OKU dapat diselesaikan segera tanpa melalui proses birokrasi yang rencam.

Segmen belia OKU sebagai kumpulan sasar dalam pembangunan program-program MBM turut mengambil semangat daripada dasar keterbukaan ini. MBM menyeru semua Universiti Awam dan Swasta untuk turut sama-sama menggembeleng tenaga bagi membangunkan kemudahan dan menghapuskan halangan yang boleh menjejaskan pembangunan dan kesaksamaan sebagai warganegara demokratik terhadap golongan ini berdasarkan saranan-saranan yang dikemukakan dalam dasar berkenaan. MBM juga mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan Universiti Awam dan Swasta untuk mengadakan program-program berkaitan pembangunan mahasiswa OKU yang merupakan kumpulan berkepentingan khas yang perlu diambil perhatian. 

Terima kasih khususnya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia atas usaha ini. 

HASNUL HANIFF HARUN

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 12 September 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »