Home / Akhbar / Logo khas produk PKS Bumiputera Islam

Logo khas produk PKS Bumiputera Islam

KUALA TERENGGANU: Kerajaan dicadangkan agar mewujudkan logo khas kepada produk yang dikeluarkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milikan penuh Bumiputera Islam bagi memperluaskan perniagaan mereka.

Setiausaha Persatuan Tunas Usahawan Nasional (PERTUNAS), Nurliana Muhammad, berkata selain pensijilan Halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), logo khas ini bagi memberi maklumat mengenai pengeluar seterusnya meningkatkan keyakinan pengguna.

“Cadangan pengenalan logo ini bukan bertujuan menggantikan logo halal JAKIM, tetapi ia sebagai nilai tambah kepada persijilan sedia ada. Sesuatu produk yang mendapat logo muslim melambangkan halal bersih, manakala logo Halal JAKIM pula akan menentukan sesuatu produk itu ‘Halalan Toyyiban’ iaitu bersih dan suci,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pernah memperkenalkan Logo Produk Muslim untuk digunakan oleh usahawan bimbingan mereka yang gagal memperoleh persijilan Halal, namun JAKIM berpendapat ia bercanggah dengan Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Perintah 201.

Nurliana berkata, pihaknya mengakui pensijilan Halal JAKIM terbukti apabila Malaysia dijadikan pusat rujukan oleh kebanyakan negara dalam pembangunan industri halal kerana Malaysia mendahului negara lain daripada segi pembabitan dalam industri Halal.

“Kombinasi dan keunikan kedua-dua pensijilan yang dimiliki dijangka memberi peluang lebih luas kepada usahawan PKS Bumiputera Islam untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara,” katanya.

Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/603127/logo-khas-produk-pks-bumiputera-islam

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »