Home / Berita / MBM MENGAJAK SEMUA BELIA DAN RAKYAT MALAYSIA CINTAKAN PERPADUAN KAUM

MBM MENGAJAK SEMUA BELIA DAN RAKYAT MALAYSIA CINTAKAN PERPADUAN KAUM

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan badan induk kepada semua pertubuhan belia di Malaysia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) merangkumi pelbagai latar belakang agama, kaum dan bangsa. Ini memperlihatkan keunikan MBM yang telah lama mendokong perpaduan negara ini.

Sempena Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia, MBM mengajak semua belia dan rakyat Malaysia untuk menyematkan rasa cintakan perpaduan dalam kalangan semua kaum. MBM menyifatkan perpaduan adalah hadiah yang tidak ternilai, perlu dipelihara dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia.

Generasi muda mesti dimaklumkan dengan kepentingan perpaduan, perpaduan sosial dan perdamaian kerana mereka adalah tonggak utama kejayaan dan pembangunan negara. Kepelbagaian kita ialah kekuatan kita dan resipi kejayaan dalam mencapai kemajuan dan peningkatan sosioekonomi, serta keupayaan kita untuk mengatasi pelbagai masalah.

MBM juga mengutuk sekeras-kerasnya jika terdapat pihak yang cuba untuk membangkitkan atau memainkan sentimen perkauman yang boleh membawa kepada kemudaratan. Setiap rakyat selagi mana ia adalah warganegara Malaysia hendaklah menjaga dan memelihara nilai kerukunan dan perpaduan seperti mana yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara.

MBM percaya golongan belia di negara ini mampu memainkan peranan mereka dalam memelihara perpaduan. Sehubungan itu, bagi menzahirkan rasa cinta kepada perpaduan dan keamanan negara, MBM mengambil inisiatif melancarkan logo Youth for Unity (Belia untuk Perpaduan) yang membawa maksud anak muda sebagai medium perpaduan kepada semua kaum di Malaysia dan percaya semua anak muda sangat sayangkan perpaduan dan keamanan yang ada.

MBM percaya golongan belia mesti mempunyai keupayaan dan mengambil inisiatif untuk menjadi ‘pembina jambatan antara etnik’ untuk meningkatkan hubungan etnik di negara ini dengan meneutralkan politik kebencian, polarisasi kaum dan eksklusif kaum yang nampaknya semakin meningkat sekarang.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »