Home / Berita / MBM TERIMA KUNJUNGAN PEMUDA IKATAN MALAYSIA

MBM TERIMA KUNJUNGAN PEMUDA IKATAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Pemuda IKATAN Malaysia yang diketuai Sdr. Shahir Adnan beserta pimpinan kanan di Wisma MBM. Rombongan ini disambut oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha.

Perbincangan seputar isu had umur belia, Undi 18, nasib belia miskin bandar dan luar bandar. Turut disentuh isu perkauman yang sedang hangat melanda negara.

Di akhir perbincangan MBM dan Pemuda IKATAN sepakat isu keamanan dan kestabilan negara lebih utama dan masyarakat wajar mengenepikan anasir-anasir yang menggugat kestabilan negara. MBM dan IKATAN adalah platform kemajmukan kaum.

MBM juga membuka pintu kepada Pemuda IKATAN untuk turut serta di dalam aktiviti dan program MBM memandangkan MBM bertindak menaungi semua anak muda Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.

Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »