Home / Akhbar / Ketepi anasir rasis antara resolusi DPIM, MBM perkukuh suara anak muda

Ketepi anasir rasis antara resolusi DPIM, MBM perkukuh suara anak muda

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) mencapai tiga resolusi sebagai langkah memperkukuhkan suara anak muda Bangsa Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama, Ketua Pemuda DPIM, Shahir Adnan dan Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, DPIM dan MBM menggesa semua pihak mengenepikan anasir-anasir rasis yang boleh menggugat keamanan negara.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi membawa kesepakatan, keamanan dan kestabilan negara yang merupakan keutamaan terpenting bagi menjaga keharmonian antara kaum.

“DPIM dan MBM bersetuju untuk melebarkan, membina dan memperkukuhkan hubungan permuafakatan bersama memandangkan MBM bertindak menaungi semua anak muda yang merangkumi pelbagai kaum atas semangat Bangsa Malaysia yang sebenar demi membina negara Malaysia yang bersatu-padu, adil dan saksama, serta masyarakat yang bahagia,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut mereka lagi, DPIM dan MBM juga bersetuju untuk mencari solusi terbaik kepada anak muda berkenaan isu-isu penting yang melibatkan anak muda seperti isu had umur belia, undi usia 18 tahun, belia miskin di bandar dan belia tertindas di luar bandar.

Ujarnya, kematangan berpolitik dan keterbukaan pertubuhan belia hari ini telah membuka satu lembaran baru kepada kerjasama antara DPIM dan MBM.

“Kini anak muda mempunyai pilihan yang lebih baik untuk menyuarakan suara dan rintihan mereka. Kami mendengar denyut nadi kalian,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Artikel penuh : https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/15/ketepi-anasir-rasis-antara-resolusi-dpim-mbm-perkukuh-suara-anak-muda/

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »