Home / Edisi / MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA KE-47

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA KE-47

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telag menghadiri Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Pemuda Malaysia di ICC Pudu.

Sdr. Chew Sir Boon telah melepaskan jawatan Presiden dan digantikan dengan Sdr. Alex Ng.

Sdr. Chew memimpin YMM kali pertama ketika berumur 24 tahun dan berjaya menjadikan YMM terus aktif sebagai badan gabungan MBM yang amat penting. Saudara Alex juga tidak asing bersama MBM dan dengan perlantikan saudara Alex akan menjadikan YMM terus akrab dan padu bersama MBM.

Di dalam MBM, YMM diwakili oleh mantan Timbalan Presiden YMM iaitu saudara Lim Swee Bok sebagai Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi JK Perpaduan, Integrasi dan Kepenggunaan MBM.

YB Sim Tze Tzin 沈志勤, Timbalan Menteri Pertanian telah hadir merasmikan majlis penutup sambil di akhirnya menegaskan kepentingan untuk pergerakan belia sama-sama membina Negara dalam satu pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »