Home / Berita / DIALOG ‘SARA HIDUP BELIA’ BERSAMA MENTERI KPDNHEP, YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

DIALOG ‘SARA HIDUP BELIA’ BERSAMA MENTERI KPDNHEP, YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

PUTRAJAYA 5 Ogos – Sesi dialog ini merupakan anjuran bersama MBM dan KPDNHEP melalui Suruhanjaya Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) sebagai platform kepada warga belia dalam menyampaikan hasrat mereka di samping membantu pihak kementerian dalam mendapatkan input dan nilai tambah yang lebih jelas berkaitan kos sara hidup di kalangan belia Malaysia. Dialog ini menjurus kepada 6 kluster utama iaitu pendidikan, perumahan, kesihatan, utiliti, pengangkutan dan makanan. Peserta terdiri daripada ahli gabungan MBM, mahasiswa, pegawai muda kementerian dan wakil kluster dari NACCOL.  

YB Menteri secara dasarnya berpuas hati dengan penganjuran program ini dan akan diteruskan pada masa akan datang sebagai saluran dua hala. Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha bertindak sebagai moderator bagi sesi ini.

Turut hadir Timbalan Menteri KPDNHEP, YB Chong Chieng Jen, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz dan kepemimpinan MBM. Pada majlis tersebut juga YB Menteri telah menyampaikan watikah kepada Datuk Seri Jamil Salleh mantan KSU, KPDNHEP sebagai penasihat MBM dalam skop ‘kepenggunaan belia’.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »