Home / Akhbar / MBM harap lawatan Dr Mahathir ke Turki bantu perkukuh hubungan

MBM harap lawatan Dr Mahathir ke Turki bantu perkukuh hubungan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap hubungan Malaysia-Turki terus diperkukuh melalui hubungan antara Kerajaan dengan Kerajaan, Swasta dengan Swasta, NGO dengan NGO dan entiti Belia dengan Belia. 

Presidennya Jufitri Joha dalam kenyataan media di sini hari ini berkata lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Turki baru-baru ini sudah pasti membantu meningkatkan hubungan dua hala.

Jufitri mengalu-alukan syarikat Turki yang berminat untuk bekerjasama dengan rakan dagang di Malaysia seperti yang ditegaskan Dr Mahathir kerana ini akan memberi peluang kepada Malaysia untuk melonjak dalam industri aeroangkasa dan pertahanan.

MBM juga berminat untuk bekerjasama dengan rakan sejawat dari Turki, Islamic Cooperation of Youth Forum (ICYF) berpangkalan di Istanbul, katanya.

Dr Mahathir semasa lawatan rasmi empat hari ke Turki ketika bertemu Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan telah mengumumkan kerjasama tiga negara antara Malaysia, Turki dan Pakistan untuk mengembalikan kekuatan serta membina semula Tamadun Dunia Islam. 

Artikel penuh : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1751968

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »