Home / Edisi / Holla Mahalla Games anjuran Sikh Naujawan Sabha Malaysia

Holla Mahalla Games anjuran Sikh Naujawan Sabha Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha memenuhi jemputan badan gabungan MBM, SNSM – Sikh Youth Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Malaysia Youth Sikh Association (MYSA) ke Holla Mahalla Games bertempat di Kelab Aman anjuran Sikh Naujawan Sabha Malaysia.

Sukan tahunan menghimpunkan belia dan komuniti Sikh daripada seluruh Negara bagi mengukuhkan ikatan perpaduan sesama mereka.

Presiden MBM sempat berkenalan beberapa pimpinan Sikh Naujawan dan MYSA serta beberapa atlet muda Sikh yang berjaya di luar Negara. Selain itu, beberapa permasalahan belia Sikh turut diperbincangkan untuk diselesaikan.

Malaysia Youth Sikh Association (MYSA) beriltizam untuk terus meningkatkan komitmen untuk terus bersama MBM memperkukuhkan agenda pembangunan belia. MYSA diterajui oleh saudara Saheb Singh yang baru mencecah umur 28 tahun.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »