Home / Akhbar / MBM ‘sukarela’ kerjasama jayakan agenda literasi kewangan belia

MBM ‘sukarela’ kerjasama jayakan agenda literasi kewangan belia

KUALA LUMPUR 26 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) menawarkan kerjasama strategik kepada Financial Education Network (FEN) dalam membantu melaksanakan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Presidennya, Jufitri Joha melihat usaha ini adalah penting memandangkan kadar kecelikan kewangan rakyat Malaysia berada pada paras yang membimbangkan
di mana satu daripada tiga rakyat Malaysia telah menyatakan bahawa mereka mempunyai ilmu kewangan yang rendah.

“Ini juga dapat dilihat apabila kadar hutang isu rumah rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Melalui pembentukan FEN, usaha bagi meningkatkan kecelikan kewangan terutamanya bagi anak muda dapat dilakukan dengan lebih strategik melalui “çentralisation of effort”. 


“MBM sentiasa prihatin terhadap isu berkaitan belia dan kewangan serta sentiasa komited menjayakan pendidikan literasi kewangan dalam kalangan belia seperti yang sedangdigerakkan MBM secara bersama dengan Malaysia Financial Planning Council(MFPC) melalui Bengkel Pengurusan Kewangan di seluruh Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel penuh : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/mbm-sukarela-kerjasama-jayakan-agenda-literasi-kewangan-belia-1.944368

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »