Home / Akhbar / MBM syorkan Kementerian Kesihatan hentikan penjualan gula-gula ghost smoke
PAPAR 21 JULAI 2019. Gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dijual kepada murid sekolah di Papar. STR/RAFIQAH DAHALI.

MBM syorkan Kementerian Kesihatan hentikan penjualan gula-gula ghost smoke

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) mengesyorkan pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan untuk membuat operasi pemantauan dalam memastikan penjualan gula-gula ghost smoke ini dihentikan serta-merta.

Presiden MBM, Jufitri Joha, berkata gejala ghost smoke ini berpotensi menjadi wabak dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini untuk terjebak dengan gejala sosial.

Katanya, kebimbangan ini berasas kerana MBM sendiri amat khuatir ia mampu mendorong mereka terus terjerumus dalam gejala sosial yang lebih besar.

“Susulan daripada sebaran video dan pelbagai maklumat berkenaan sejenis gula-gula ghost smoke yang membentuk asap, MBM menyokong saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya penjualannya dihentikan segera.

“Bermula dengan gula-gula, berubah angin kepada rokok dan tidak mustahil kepada gam dan dadah.

“Lebih membimbangkan, pemerhatian yang dilakukan secara rambang memperlihatkan produk gula-gula ghost smoke ini mudah didapati dan murah harganya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/588230/mbm-syorkan-kementerian-kesihatan-hentikan-penjualan-gula-gula-ghost

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »