Home / Berita / MESYUARAT DEWAN TERTINGGI KHAS MBM BINCANG HALATUJU DAN PENDIRIAN MBM BERHUBUNG RANG UNDANG-UNDANG (RUU 668) “RASIONAL HAD UMUR BELIA DI BAWAH 35 TAHUN”

MESYUARAT DEWAN TERTINGGI KHAS MBM BINCANG HALATUJU DAN PENDIRIAN MBM BERHUBUNG RANG UNDANG-UNDANG (RUU 668) “RASIONAL HAD UMUR BELIA DI BAWAH 35 TAHUN”

KUALA LUMPUR 8 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Dewan Tertinggi Khas bagi membincangkan halatuju dan pendirian MBM berhubung keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) seperti dibentangkan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia baru-baru ini.

Mesyuarat ini dianggotai oleh ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan ahli Dewan Tertinggi MBM dari 39 buah badan gabungannya yang merupakan majlis perundingan tertinggi MBM dan berfungsi sebagai pembuat dasar MBM.

Rata-rata gabungan MBM menyatakan kekecewaan dan rasa terkilan kerana keputusan ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan tiadanya kata putus akhir secara bersama antara KBS dan MBM selaku rakan strategik utama Kementerian Belia dan Sukan dalam pembangunan belia.

Hasil mesyuarat tersebut MBM telah membuat satu ketetapan bersama yang diterjemahkan melalui kenyataan media.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »