Home / Edisi / Pertemuan bersama Presiden ABIM, YDP-YDP ABIM seluruh Malaysia membincangkan hala tuju dan nasib pergerakan belia pasca pindaan Akta 668 (2019)

Pertemuan bersama Presiden ABIM, YDP-YDP ABIM seluruh Malaysia membincangkan hala tuju dan nasib pergerakan belia pasca pindaan Akta 668 (2019)

Mereka sepakat mendokong pendirian Majlis Belia Malaysia berkenaan Akta 668.

Rata-rata pimpinan ABIM yang saya kenal mereka kebanyakkan bukanlah individu yang suka akan pegang jawatan.

Masing-masing berebut mengelak untuk memegang jawatan namum mereka menyatakan rasional pimpinan belia wajar ada fleksibiliti sehingga 35 tahun atas ‘nature’ pergerakan belia itu tersebut yang mendokong agenda perjuangan ummah yang berat. Saya terpalit dengan sindrom mereka juga iaitu tidak suka bahkan takut memegang jawatan.

Jika ada anak muda yang berkelayakan di dalam ABIM untuk memegang jawatan mereka pasti suka dan dengan senang hati memberikan laluan bahkan mereka berebut rebut ingin cepat melepaskan jawatan. Mereka memang berhempas pulas mencari pelapis muda semenjak dahulu lagi.

Saya yakin jika anak muda yang ada pengalaman berada dalam pergerakan belia mereka akan memahami mengapa transisi 35 tahun penting demi survival pergerakan belia.

Pimpinan muda ABIM bukan hanya mengurus organisasi, aktiviti dan advokasi tetapi mereka mengurus agensi agensi besar seperti Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad, agensi bantuan kemanusiaan seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, bahkan Yayasan Takmir Pendidikan, kolej, sekolah sekolah dan taski taski seluruh Malaysia.

Bayangkan betapa beratnya beban mereka yang terpaksa digalas ketika mereka berhempas pulas membina kerjaya, mencari rezeki, membina rumahtangga, membesarkan anak-anak dan memberikan masa menjaga ibubapa. Adakah kita khusus para ahli legislatif Parlimen menjiwai penderitaan dan pengorbanan besar mereka ini?

ABIM sebuah pergerakan belia semenjak 1970 an memang sinonim dipimpin anak muda lingkungan 30an dan sudah terbiasa susah namun mereka survive atas idealisme dan semangat perjuangan yang tinggi. Idealisme tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, jawatan atau habuan dunia yang sementara. The spirit will never die! Saya bangga menjadi sebahagian daripada mereka.

Mereka akan mengumumkan hala tuju baharu mereka sedikit masa lagi pasca pindaan Akta 668. Saya yakin ia suatu kerugian besar pada dunia pergerakan belia Negara.

Terima kasih Abim Pusat atas jemputan!

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »