Home / Berita / TEAM CERITA ORANG GAGAL (COG) DI SMK SERI PERMAISURI, CHERAS, KUALA LUMPUR

TEAM CERITA ORANG GAGAL (COG) DI SMK SERI PERMAISURI, CHERAS, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR 27 Jun – “Anda perlu bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan”, itu antara ungkapan yang disampaikan oleh Emam Sapekri, Ikon Reben Kuning semasa menyampaikan ceramah motivasi di hadapan lebih 400 orang pelajar tingkatan 3 hingga 5 dalam program Cerita Orang Gagal (COG) di SMK Seri Permaisuri Cheras.

COG merupakan salah satu inisiatif Projek Reben Kuning inisiatif YB Menteri Belia dan Sukan dalam memberikan peluang kedua kepada golongan belia berisiko.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) ini adalah perkongsian pengalaman mereka yang penah gagal dan ada kisah sisi gelap masing-masing yang boleh dijadikan iktibar dan inspirasi kepada golongan belia terutama pelajar sekolah.

Selain Emam, COG juga turut menampilkan Anas Affendy yang berkongsi kisah silam beliau.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »