Home / Kenyataan Akhbar / “RED ZONE” UNTUK KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA

“RED ZONE” UNTUK KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan gejala kesihatan mental dalam kalangan belia Malaysia kini berada dalam lingkungan “red zone” atau paling berbahaya. Pada tahun 2018, 7.3% pelajar sekolah menengah telah merancang untuk membunuh diri dan bunuh diri adalah punca kedua kematian selepas sakit jantung dikalangan belia di Malaysia.

Memarahkan lagi keadaan apabila seorang remaja 16 tahun merealisasikan undian yang diperoleh melalui akaun Instagram yang mengundinya untuk “mati” dengan terjun bangunan di Kuching, Sarawak pada Mei lalu. Ini adalah petanda dimana orang ramai perlu memandang serius terhadap gejala kesihatan mental yang dialami oleh masyarakat terutama golongan belia.

Dalam usaha mencari langkah untuk mengawal isu ini, MBM terpanggil untuk membuka semula dokumen lama yang mana tema kesihatan mental pernah diangkat oleh MBM melalui Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) didalam mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) pada tahun 2012 tetapi stigma negatif masyarakat terhadap isu kesihatan mental ketika itu membantutkan segala usaha dan perancangan selanjutnya.

MBM mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan perbincangan meja bulat dan pembentangan kajian oleh Dr. Mohd Nazrul Azizi yang bertajuk “Masalah Mental di Kalangan Belia dan Usaha Pencegahan” pada 17 Jun 2019. Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai agensi dan golongan yang mempunyai pengalaman luas berkaitan isu ini.

Perbincangan meja bulat ini menggariskan beberapa langkah segera yang perlu diambil. Antaranya adalah kempen #NoSmartphoneBelow2YO dimana MBM melihat ia seakan menjadi jalan singkat kepada ibu bapa untuk mengawasi dan mengawal anak-anak mereka. Ia memberi kesan negatif dalam tumbesaran dari segi mental dan fizikal anak-anak dan langkah mengharamkan telefon pintar kepada anak di bawah umur dua adalah satu langkah yang wajar.

Selain itu, kempen kesedaran kepada masyarakat dalam mengesan symptom yang dialami juga akan digerakkan supaya dapat menjalankan langkah awal. Dalam pada itu, keperluan dalam mendapatkan liputan insurans perlu disediakan selain bantuan zakat bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan dan nasihat daripada psikologis dan psikiateri.

Segala perancangan yang diatur akan digerakkan oleh satu biro yang dibentuk di bawah Jawatankuasa Tetap Pentadbiran dan Kesukarelaan MBM.

JUFITRI JOHA
Presiden
Majlis Belia Malaysia

Bertarikh: 21 Jun 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »