Home / Kenyataan Akhbar / MBM INGATKAN BELIA MALAYSIA SUDAH MUAK DAN JELIK DENGAN SENARIO POLITIK KOTOR

MBM INGATKAN BELIA MALAYSIA SUDAH MUAK DAN JELIK DENGAN SENARIO POLITIK KOTOR

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil perhatian dan memerhati rapat tentang perkembangan politik tanahair seminggu dua ini yang cukup memuakkan dan memualkan generasi muda belia.

MBM berpandangan penyebaran video seks tersebut sama ada sahih atau tidak adalah perbuatan menjijikkan dan MBM benar-benar kesal di kala MBM dan pergerakan belia seluruh Malaysia bertungkus lumus menjalankan program pembangunan dan ketahanan karakter belia  melalui program Cerita Orang Gagal (COG), Relawan MBM (RM), Jom Bepersatuan dan pembasmian sakit mental di kalangan belia.

Usaha-usaha murni sebegini berpotensi untuk musnah dalam sekelip mata sahaja apabila video seks tersebut tersebar dalam kalangan belia dan rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah juga, insiden sebegini akan terus menjauhkan belia daripada politik bersih, matang dan berhemah sekaligus menggagalkan usaha MBM dan pelbagai pihak membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meningkatkan skor kesejahteraan sosialisasi politik dalam kalangan belia seperti yang dapat dilihat dalam Domain Sosialiasi Indeks Belia Malaysia (IBM) yang skornya sudah sedia rendah. Persepsi bahawa politik itu kotor akan terus kekal pada sebahagian minda generasi muda.

Tambah memburukkan keadaan lagi apabila MBM melihat pengakuan bersahaja tanpa rasa bersalah dan segan silu mengenai perlakuan songsang dalam video tersebut amat menakutkan dan menjelikkan di saat kita berusaha membina sebuah masyarakat maju bertamadun dan matang berpaksikan menjelang 2020.

Memandangkan tuduhan di dalam video ini terkait dengan individu berprofil tinggi, MBM menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan secara adil, telus dan bebas bagi menegakkan keadilan dan menghukum pihak-pihak yang didapati bersalah sama ada dalam perbuatan songsang tersebut dan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut. 

Belia dan rakyat wajar memberikan kepercayaan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan bagi menegakkan keadilan sekaligus mengelakkan membuat penghakiman sendiri secara terbuka terhadap pelaku dalam video kerana ia melibatkan maruah individu dan keluarga.

MBM menyeru belia dan rakyat Malaysia agar menolak sekeras-kerasnya budaya politik kotor yang memalukan Malaysia di mata dunia dan tidak bertamadun ini sebaliknya fokus untuk menghasilkan idea-idea futuristik membangun Negara.

JUFITRI BIN JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 18 Jun 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »