Home / Berita / PROGRAM CERITA ORANG GAGAL @SMK PENAMBANG

PROGRAM CERITA ORANG GAGAL @SMK PENAMBANG

KOTA BHARU 12 Jun – Golongan belia atau remaja yang terlibat dalam sistem keadilan juvana mempunyai pelbagai keperluan. Pengalaman itu boleh menjadi stres dan mengurangkan harapan mereka mencapai matlamat dan aspirasi mereka.

Belia yang terlibat dalam sistem keadilan layak mendapatkan peluang baru, iaitu PELUANG KEDUA.

Projek REBEN KUNING, ilhamYB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,Menteri Belia dan Sukan Malaysia adalah usaha memberikan peluang kedua kepada belia yang terlibat dengan sistem koreksional.

Salah satu pengisian Reben Kuning ialah Program Cerita Orang Gagal (COG), iaitu perkongsian pengalaman dari mereka yang pernah menjalani proses pemulihan di institusi tahanan atau pemulihan di atas salahlaku jenayah yang dilakukan. Tujuan program ini adalah untuk memberi intervensi sosial kepada para pelajar disamping menginspirasikan mereka bagaimana mereka yang gagal boleh bangkit dari masa lalu.

COG hari ini di adakan di SMK PENAMBANG, Kota Bharu yang di hadiri oleh seramai hampir 500 pelajar Tingkatan 1-4.

Mereka yang terlibat dalam sistem keadilan juvana mungkin mengalami beberapa bentuk trauma. Sebelum memasuki sistem, kumpulan ini mungkin mengalami situasi yang mengakibatkan stres yang berkaitan dengan trauma dan tidak pernah mendapat perkhidmatan yang tertumpu kepada kesan trauma.

Contohnya termasuk pengalaman penyalahgunaan (fizikal, emosi, dll), pengabaian, bencana alam, kehilangan, faktor persekitaran, keganasan rumah tangga, antara faktor lain. Selepas meninggalkan sistem keadilan juvana, golongan belia boleh mengalami gejala trauma yang lebih besar bergantung kepada rawatan yang mereka terima semasa mereka berada dalam sistem.

Ia boleh menjadi sukar bagi belia berkenaan untuk mengintegrasikan diri kembali ke masyarakat apabila tidak ada program sokongan tempatan yang tersedia untuk mereka. Mereka mungkin menghadapi cabaran mencari perumahan, kembali ke sekolah, dan / atau bekerja.

Itulah sebabnya Projek Reben Kuning diilhamkan melalui pelbagai inisiatif seperti latihan kemahiran, pekerjaan, sokongan NGO/komuniti dan banyak lagi.

Apabila bekerja dengan belia dalam populasi ini, penting untuk memahami trauma mereka yang mungkin telah menghantui diri dan menyediakan sumber untuk memenuhi keperluan mereka. Komunikasi, advokasi, dan kesedaran diri merupakan kunci kejayaan.

Kini pentingnya ada perjawatan Pekerja Belia Profesional dibawah Malaysian National Federation of Youth Worker yang bekerja dengan belia yang terlibat dalam sistem keadilan juvana.

COG diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang Peluang Kedua. Usaha ini didedikasikan untuk berkongsi kepentingan menyokong golongan belia yang memasuki masyarakat dari sistem keadilan.

COG adalah kolaborasi antara KBSMalaysia dan Majlis Belia Malaysia. Perkongsian di sampaikan oleh Mohammad Rizan Hassan, Tokoh Belia Negara/Asean 2011 dan Emam Sapekri, Ikon Reben Kuning. Turut hadir ialah Tn Haji Omar Ab Rahman Omar (Pengetua SMK Penambang), Tuan Mohmad Embong (Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan) dan Sdr. Mohd Hakimi Mat Husin (Exco MBM)

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »