Home / Kenyataan Akhbar / MBM GESA HENTIKAN LANTIKAN POLITIK

MBM GESA HENTIKAN LANTIKAN POLITIK

Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa pihak Kerajaan menghentikan lantikan politik terhadap badan-badan Kerajaan tertentu yang memerlukan kepada imej dan persepsi bebas politik di kalangan belia dan rakyat Malaysia agar ia terus berfungsi secara efisyen.

Merujuk kepada perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru iaitu Puan Latheefa Koya, walaupun beliau berkelayakan namun MBM berpandangan perlantikan berbau politik sebegini wajar dihentikan.

Walaupun sudah meletak jawatan bahkan mungkin sudah tidak menjadi ahli mana-mana parti, perlantikan beliau masih terkait dengan politik kepartian atas aktivisme beliau yang lama dalam politik kepartian sebelum ini. Sementelah lagi beliau akan terpaksa membuktikan beliau benar benar bebas daripada sebarang pengaruh politik bagi memenangi persepsi belia dan rakyat Malaysia. Ini akan serba sedikit menghilangkan fokus SPRM kepada usaha habis habisan mencegah rasuah.

SPRM wajib bersih dan kelihatan bersih agar dapat menegakkan keadilan dan kelihatan benar benar menegakkan keadilan.

Perlantikan ini juga akan merencatkan usaha reformasi institusi dan pembasmian rasuah oleh Kerajaan yang dilihat cukup progresif sebelum ini.

MBM amat yakin masih ada tokoh tokoh besar yang mampu menerajui SPRM dengan imej yang lebih bersih dan bebas.

JUFITRI BIN JOHA
Presiden MBM

6 Jun 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »