Home / Kenyataan Akhbar / MBM HARGAI USAHA KERAJAAN BANTU PENEROKA FELDA DALAM MENYAMBUT SYAWAL

MBM HARGAI USAHA KERAJAAN BANTU PENEROKA FELDA DALAM MENYAMBUT SYAWAL

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad atas keprihatinan dengan pemberian bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada 112,635 peneroka FELDA.

Dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini, bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban para peneroka dalam menyambut musim perayaan dalam waktu terdekat ini.

Timbalan Presiden MBM merangkap Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hasan menyatakan walaupun FELDA sedang menghadapi masalah kewangan, namun warga peneroka wajar dibantu bagi menyambut Hari Raya.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, bonus Hari Raya adalah dari duit FELDA diagihkan kepada warga peneroka, tetapi dalam keadaan kewangan FELDA yang tidak berapa stabil, wajarlah ianya dibantu oleh pihak kerajaan. Bukti Felda menghadapi masalah kewangan ialah apabila terpaksa mendapatkan bantuan kewangan RM6.23 bilion dalam bentuk geran, pinjamn dan jaminan kerajaan sebagaimana yang diumukan dalam pembentangan Kertas Putih.”

“Namun FELDA wajar mendahulukan membayar segala tunggakan kepada peneroka dan kontraktor serta mengekalkan bayaran sara hidup sebanyak RM1500.” Tambah beliau.

MUHAMMAD FADZLI HASAN
Timbalan Presiden
Majlis Belia Malaysia
Merangkap Presiden Majlis Belia Felda Malaysia

1 Jun 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »