Home / Berita / MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA BELIA DAN SUKAN BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA BELIA DAN SUKAN BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN

KUALA LUMPUR 27 Mei 2019 – Majlis Berbuka Puasa Warga Belia dan Sukan Bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah berlangsung hari ini di Perkarangan Rumah Institut Sukan Negara.

Program dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini dihadiri ahli-ahli persatuan belia, atlet-atlet negara dan pegawai-pegawai tertinggi KBS.

Kepimpinan MBM juga tidak ketinggalan menjayakan majlis ini. Pada majlis tersebut, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada bekas-bekas atlet yang uzur, bantuan kepada asnaf dan anak yatim.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Waitcalla RVV Suppiah, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »