Home / Berita / CHOW KIT ROAD GATHERING 2.0 : BELIA SANTUNI GELANDANGAN

CHOW KIT ROAD GATHERING 2.0 : BELIA SANTUNI GELANDANGAN

KUALA LUMPUR 27 Mei – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menerusi pasukan sukarelawannya menganjurkan Chow Kit Road Gathering 2.0 sebuah program ziarah Ramadhan sahabat jalanan bagi membantu golongan gelandangan menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Presiden MBFM, Muhammad Fadzli Hasan, berkata program tahunan ini bertujuan memberi peluang kepada pemimpin dan ahli belia untuk membantu golongan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

“Sumbangan yang diberikan bukan sahaja bertujuan untuk membantu sahabat jalanan ini bahkan menggunakannya sebagai platform untuk mendekati golongan ini secara lebih dekat.

“Program seperti ini memberi peluang kepada para sukarelawan untuk mengenali golongan ini secara lebih dekat sambil memberi kesedaran kepada mereka untuk mensyukuri nikmat yang ada dan sentiasa ada kemahuan untuk merubah kehidupan ke arah yang lebih baik,” katanya yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Program ini menyaksikan pembabitan kira-kira 40 sukarelawan dan mengedarkannya kepada sahabat jalanan meliputi lorong Chow Kit dan kawasan-kawasan tumpuan sekitar Kuala Lumpur. Program bermula dengan majlis berbuka puasa bersama warga Kelas Furqan Chow Kit iaitu sebuah pusat pengajian Quran buat anak gelandangan.

Turut serta ke lapangan menjayakan aktiviti ini kepimpinan MBM diketuai Setiausaha Agungnya; Hasnul Haniff Harun, Naib Presiden; Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Ketua Penerangan; Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM; Mohamad Iqmal Mahadi dan Mohamad Nazri Abdul Latif.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »