Home / Berita / JELAJAH RAMADHAN MBM KE PANTAI TIMUR

JELAJAH RAMADHAN MBM KE PANTAI TIMUR

MEMASUKI edisi ke-9 tahun ini, Program Jelajah Ramadhan MBM peringkat pantai timur dengan kerjasama majlis belia negeri dan daerah yang disinggahi telah berlangsung pada 24 dan 27 Mei 2019.

Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun mewakili MBM menghadiri program-program yang telah diatur di negeri-negeri terbabit.

24 Mei 2019 (Jumaat)

Bermula di Kelantan, rombongan MBM telah menyertai program Tadarus Al-Quran, Himpunan Anak Muda, Tazkirah Ramadhan: Biografi Generasi Muda Sahabat Rasulullah S.A.W bertempat di Madrasah Dusun Raja, Dewan Solat Madinah Ramadhan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Presiden MBM juga menyampaikan takzirah sebelum waktu berbuka.

Program ini dianjurkan Majlis Belia Kelantan, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu, U-Bes dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Selesai solat Terawikh, berlangsung Perlawanan Persahabatan Futsal bertempat di Arena Futsal – Sports Kota Bharu melibatkan pasukan dari belia-belia tempatan.

25 Mei 2019 (Sabtu)

Jelajah seterusnya meneruskan perjalanan di Negeri Terengganu. Antara aktiviti di sini ialah ziarah Ramadhan dan penyampaian sumbangan kepada keluarga miskin, ibu tungal, warga tua di Kg Gong Nasek, Che Kundur dan Bukit Depu.

Turut berlangsung sesi Sembang Santai bersama Setiausaha Agung MBM dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Gong Tok Nasek. Moreh (Sakura Kitchen) berbicara tentang Usahawan Belia.

26 Mei 2019 (Ahad)

Singgahan terakhir di pantai timur adalah di Negeri Pahang dengan program Singah Sahur MBM bersama MBN Pahang.

Konvoi MBM disambut Presiden MBN Pahang, Sdr. Wan Emril Wan Embong Pasukan dan beberapa pemimpin majlis belia negeri, Majlis Belia Daerah Kuantan dan Sukarelawan Persatuan Pengakap.

Rombongan seterusnya bergerak ke Pusat Jagaan Chahaya, Pelindung Kuantan iaitu sebuah pusat penjagaan anak-anak yatim dan tahfiz. Antara aktiviti yang diadakan di sini seperti sahur, penyampaian sumbangan, tazkirah dan Solat Subuh berjemaah.

Di akhir program, Setiausaha Agung MBM mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga penggerak di negeri-negeri yang disingahi atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan jelajah kali ini.

Selain itu, kehadiran pimpinan belia turut sama turun padang sebagai tanda sokongan untuk menjayakan program ini.

Walaupun dilaksanakan dengan kadar sederhana, MBM secara amnya meletakkan matlamat penganjuran program ini sebagai salah satu platform dan inisiatif berterusan untuk mendekati golongan yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik melalui ziarah kasih sambil menghulurkan bantuan yang disumbangkan. Apa yang penting kita berpeluang bertemu ahli dan kepimpinan belia di peringkat akar umbi dalam suasana Ramadhan kali ini.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »