Home / Akhbar / Perkenal subjek kenali agama lain di sekolah, universiti – MBM

Perkenal subjek kenali agama lain di sekolah, universiti – MBM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Kerajaan dicadang memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam, di peringkat sekolah dan universiti, bagi meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.

Katanya, cadangan tersebut tidak bermaksud negara bakal mengamalkan kesamarataan agama, tetapi lebih kepada memupuk perpaduan dan memahami sensitiviti agama lain.

“Kita lihat idea ini dapat meningkatkan perpaduan antara masyarakat, terutamanya ketika mereka masih di bangku sekolah atau di universiti. 

“Jika tidak melalui pengenalan subjek baharu, mungkin subjek kenali agama lain ini boleh dimasukkan dalam sukatan pelajaran sedia ada,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri bengkel perbincangan meja bulat belia mengenai hal ehwal antara penganut agama di sini, hari ini.

Bengkel sehari anjuran bersama MBM, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri itu, mengumpulkan wakil persatuan belia pelbagai agama dalam negara bagi membincangkan persepsi dan cadangan golongan belia berkaitan agama, perpaduan dan integrasi nasional. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri, Mimi Aldrina O.P Andu berkata bengkel itu bertujuan memahami persepsi golongan belia terutamanya mengenai agama lain di negara ini.

Katanya perkara itu penting terutamanya dalam situasi sekarang, di mana nilai-nilai murni dan sikap saling menghormati masyarakat Timur kini kian terhakis, oleh pelbagai idea baharu yang mempengaruhi golongan muda. 

“Idea-idea asing dan ideologi extremisme ini sudah banyak mempengaruhi masyarakat pada hari ini. Bengkel hari ini diharap dapat membuka minda wakil belia, untuk lebih memahami agama kerana mereka adalah harapan masa hadapan negara,” katanya.

— BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1727826

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »