Home / Kenyataan Akhbar / PRESTASI KERAJAAN PH SEDERHANA PERLU TERUS PERTINGKATKAN ILTIZAM UNTUK ANAK MUDA DAN RAKYAT MALAYSIA

PRESTASI KERAJAAN PH SEDERHANA PERLU TERUS PERTINGKATKAN ILTIZAM UNTUK ANAK MUDA DAN RAKYAT MALAYSIA

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan penuh keinsafan menyifatkan pencapaian setahun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah berada di tahap sederhana sambil menyeru belia dan rakyat Malaysia terus memberikan ruang kepada Kerajaan melakukan perubahan dan pembaharuan. Belia dan rakyat meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Kerajaan baharu menyebabkan mereka mahu melihat kesungguhan pihak Kerajaan melaksanakan janji manifesto.

Secara umumnya melalui pemerhatian umum MBM, pengundi muda terbahagi kepada dua jenis iaitu satu kelompok yang mengundi untuk melihat reformasi pentandbiran dan institusi manakala sekelompok lagi mengundi untuk mengharapkan soal periuk nasi mereka ditangani sebaiknya.

MBM melihat bagi kelompok pertama anak muda, mereka melihat kesungguhan Kerajaan melakukan perubahan dalam segmen ini seperti penubuhan Pusat Governans Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), pengenalan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019, kesungguhan melawan rasuah, Reformasi Parlimen dan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Di kesempatan ini, MBM juga ingin mendokong ura-ura usaha penguatkuasaan undang-undang agar tiada campur tangan langsung ahli politik di dalam sistem pentadbiran di peringkat pengurusan dan perlaksanaan kakitangan awam.

Manakala bagi kelompok kedua anak muda yang mengundi untuk melihat nasib kantung ekonomi mereka terbela masih berasa kecewa kerana keadaan kehidupan mereka yang agak perit dan tertekan berikutan keadaan nilai ringgit yang masih lemah, tekanan hutang, pengangguran yang tinggi, pembuangan pekerja dan kos sara hidup yang tinggi.

Justeru untuk menangani nasib kelompok anak muda ini pihak MBM sukacita mencadangkan beberapa perkara kepada pihak Kerajaan :

1.) Mempercepatkan usaha penubuhan Jawatankuasa Kabinet menangani pengangguran di kalangan anak muda dengan membuat konsultasi dengan kelompok-kelompok anak muda bagi mendapatkan formula penyelesaian;

2.) Berusaha keras dalam tempoh 5 – 10 tahun meningkatkan gaji minima ke paras RM 1,800;

3.) Memikirkan kaedah dan tindakan segera untuk merealisasikan cadangan Dana Pemerkasaan dan Keusahawanan Anak Muda sebagaimana yang terkandung di dalam Iltizam Anak Muda Manifesto PH;

4.) Memikirkan kaedah dan tindakan segera untuk merealisasikan cadangan Iltizam Anak Muda Manifesto PH iaitu elaun sara hidup kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mendapat tempat ke institut pengajian selain mempertingkatkan usaha Bank Makanan / Food Bank yang digerakkan KPDNHEP di IPTA, IPTS, Institut Latihan dan Kemahiran;

5.) Mempertingkatkan limpahan pembangunan dan kemudahan yang seimbang di semua wilayah khususnya di Sabah, Sarawak, Kelantan, Perlis, Kelantan dan Terengganu termasuk permintaan khusus belia Kelantan untuk memanjangkan stesen ECRL sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat;

6.) Mempertingkatkan akses dan kelajuan internet sehingga ke kawasan kampung seperti di kawasan orang asli di Lojing, Gua Musang bagi menggalakkan ekonomi digital dan mengelakkan penghijrahan belia ke Bandar yang akan menyebabkan kemiskinan Bandar;

7.) Mendesak Kerajaan memperuntukkan dana untuk latihan E-Usahawan dan E-Rezeki di bawah MDEC yang menggalakkan penglibatan belia dan rakyat dalam ekonomi digital sekaligus merancakkan ekonomi Negara;

8.) Mengkoordinasi dan menangani ekonomi dan sosial golongan belia B40 bandar khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR);

9.) Mempermudahkan geran Agropreneur Muda yang dilihat agak ketat dan mengambil masa yang lama bagi menggalakkan anak muda menceburi bidang pertanian sekaligus menjaga kedaulatan makanan negara.

10.) Memuktamadkan sesegera mungkin polisi pembayaran balik pinjaman PTPTN dan menghapuskan ujrah;

11.) Mempertingkatkan dana Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

MBM akan terus memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak dan rakan strategik pembangunan Negara bagi bersama-sama membangunkan belia dan Negara serta bersama-sama melaksanakan cadangan-cadangan di atas. Oleh itu wajar juga Kerajaan menerus dan meningkatkan dana pentadbiran dan bantuan aktviti kepada pertubuhan belia bagi menghakupayakan pertubuhan belia memainkan peranan secara efektif di dalam ruang demokrasi ini.

MBM mendokong agenda “Kemakmuran Bersama” yang bertujuan mengurangkan jurang antara kaya – miskin, memperkasa ekonomi Negara dirasai kemakmuran sehingga ke akar umbi dan mengembalikan Malaysia sebagai kuasa Harimau Asia.

MBM mendesak agar pihak Kerajaan terus fokus membangunkan Negara sambil mengurangkan politiking sempit dan memperbaiki mekanisme perhubungan awam agar setiap inisiatif baik yang dibuat diketahui dan dirasai oleh rakyat terbanyak.

JUFITRI BIN JOHA
Presiden
Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 13 Mei 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »