Home / Hebahan / PENDAFTARAN ONLINE KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN 2019

PENDAFTARAN ONLINE KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN 2019

KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN

SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2017

TEMA : “DIGITAL NATIVE AGENDA

Majlis Belia Malaysia (MBM) sukacitanya menjemput saudara dan saudari untuk bersama-sama kami menjayakan Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 yang akan diadakan pada 15 Mei 2019 di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pendaftaran adalah terbuka kepada warga negara Malaysia yang berumur 15 – 40 tahun. Jika berminat, sila daftar  melalui borang yang disediakan di bawah.

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

Ringkasan Program

Bersempena Hari Belia Negara 2019, MBM akan menganjurkan Konvensyen Belia Kebangsaan pada 15 Mei 2019 (Rabu) di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dengan memberikan fokus kepada ‘Digital Native Agenda’, atau DNA23. Inisiatif ini juga memfokuskan aspek peluang dalam dunia digital yang boleh diterokai oleh golongan belia di negara ini.

DNA23 merupakan platform untuk mengumpul idea dan pandangan tentang bagaimana untuk mentransformasikan industri digital negara pada dekad akan datang.

Pelaksanaan DNA23 dipacu oleh tiga teras utama: kemakmuran dan kebahagiaan rakyat; ‘future-proofing’, serta etika dan budaya. Ia turut bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan landskap digital dan membantu menetapkan keutamaan dalam memacu negara ke arah era digital. Platform ini juga akan meneruskan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Inisiatif yang sama telah diperkenalkan di negara-negara seperti China dan India, yang telah membantu golongan petani mendapat lebih banyak pendapatan dengan memberikan mereka aplikasi untuk mempopularkan produk mereka dan melaksanakan strategi mekanisme harga.

Pengasas DNA23, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memberi ucaptama pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 ini.

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

Sesi pertama konvensyen MBM menjemput wakil daripada Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dalam memberi penerangan kepada peserta mengenai konsep digital yang bakal ditempuhi oleh golongan muda pada masa hadapan. Dalam sesi kedua, MBM menjemput lima orang panel mempunyai kepakaran masing-masing iaitu;

  1. Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim

Pengarah Kreatif Les’ Copaque Production

  1. Khairul Azlan Zainal Ariffin

Pengarah Eksekutif TODAK Culture Sdn. Bhd.

  1. Rashid Jamiran

Founder GoCoach

  1. Haidar Darus

Presiden Persatuan Usahawan Digital Selangor

  • Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil

Timbalan Pengarah UKM-CESMED

  • Mohd Faiz Shuhaimi

Koordinator Sukarelawan Orang Kurang Upaya (SOKU)

Ahli panel diatas akan berbincang tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi belia, khususnya dalam bidang digital. Ia mengubah corak pemikiran generasi muda agar mereka lebih melibatkan diri dalam sains digital atau keusahawanan digital. Harapan kepada program ini adalah dapat melahirkan sebuah negara yang rakyatnya bersemangat dan berdedikasi serta percaya kepada diri untuk membawa negara ke satu tahap lebih tinggi.

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

Aturcara Konvensyen

9.30 pagi               :        Ketibaan Peserta/ Pendaftaran

10.15 pagi             :        Ketibaan Jemputan                 

10.20 pagi             :        Ketibaan VIP        

11.00 pagi             :        Sesi 1

                                     Tajuk : Youth Opportunities in Digital Era

                                      Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

12.00 tgh              :        Ucaptama oleh

YB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

Digital Native Agenda 23 (DNA23)

12.30 tgh              :        Penyampaian Hadiah Pemenang mencipta Logo HBN 2019

12.45 tgh              :        Slot Bersama Tetamu Khas

2.00 ptg                :        Sesi 2

                                      Tajuk : Bicara Ikon/ Sesi Soal Jawab

  1. Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim

Pengarah Kreatif Les’ Copaque Production

  1. Khairul Azlan Zainal Ariffin

Pengarah Eksekutif TODAK Culture Sdn. Bhd.

  1. Rashid Jamiran

Founder GoCoach                                     

  1. Haidar Darus

Presiden Persatuan Usahawan Digital Selangor

  • Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil

Timbalan Pengarah UKM-CESMED

  • Mohd Faiz Shuhaimi

Koordinator Sukarelawan Orang Kurang Upaya (SOKU)

4.00 ptg                :        Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 Tamat

BORANG PENDAFTARAN [PENDAFTARAN DITUTUP PADA 13 MAY 2019]

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »