Home / Berita / #CAKAPLAH (SPEAKER CORNER) RUANG BELIA BERSUARA SECARA TERBUKA DAN BERHEMAH

#CAKAPLAH (SPEAKER CORNER) RUANG BELIA BERSUARA SECARA TERBUKA DAN BERHEMAH

PUTRAJAYA 4 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mengadakan siri pertama program #Cakaplah (Speaker’s Corner) di Skyrides Park di sini.

Simbolik pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohammad Fadzli Hasan.

Fadzli berkata, platform ini memberi ruang kepada belia mengasah kemahiran berucap melalui pengucapan awam.

“Selain Wacana Sinar MBM, usaha ini juga menjadi satu lagi medium bagi melahirkan belia yang bebas dalam mengutarakan pendapat mereka tanpa rasa takut melalui penyampaian maklumat dengan tepat dan beretika”, ujarnya.

Program yang diadakan sebanyak 2 kali sebulan ini hasil cetusan idea YB. Menteri Belia dan Sukan dengan mengambil contoh sudut pidato terkenal di sudut timur laut Taman Hyde London, England.

Terbuka kepada semua belia di Malaysia dijalankan secara solo di mana penyampai berdiri di pentas dan berucap dengan membawa tajuk bagi siri pertama “Malaysia Baharu”. Setiap pengucap diberi masa kurang 20 minit untuk menyampaikan ucapan mereka.

Diharapkan melalui program ini, belia-belia di semua peringkat sama ada pelajar, mahasiswa dan aktivis belia berpeluang menyuarakan pendapat dan mengetengahkan isu-isu semasa belia serta negara untuk diambil perhatian oleh kerajaan.

Turut hadir Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Pauzi Paiman, Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM, Sdri. Nazira Roslee, Sdr. Syed Osman Mohamed, Ketua Srikandi Bersatu Cheras, Sdri. Sharifah Azuani Sayed Mohd Ali, Penggerak SOKU MBM, Sdr. Faiz Shuhaimi dan Pengerusi Persatuan Belia Dinamik Barat, Sdr. Zaharuddin Abd Majid.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »