Home / Berita / #CAKAPLAH : SETAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA BAHARU, KERAJAAN PERLU CAKNA SIGNAL ANAK MUDA

#CAKAPLAH : SETAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA BAHARU, KERAJAAN PERLU CAKNA SIGNAL ANAK MUDA

SHAH ALAM 30 April – Sekali lagi pentas Wacana #cakaplah anjuran Sinar Harian dan Majlis Belia Malaysia (MBM) di Dewan Karangkraf dihangatkan dengan perdebatan panelis muda dari pelbagai sudut; kerajaan, pembangkang, aktivis sosial dan MBM sebagai berkecuali.

Barisan panelis terdiri Ahli Jawatankuasa Muslimat Legal Team, Muna ‘Adila Che Rime, Aktivis Malaya; Mohamad Anif, Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia (MBM); Mohamad Nazri Abdul Latiff dan Ketua Srikandi Bersatu Cheras; Sharifah Azuani Sayed Mohd Ali.

Siri kali ini membawa topik “Menjelang 365 Hari Malaysia Baru: Apa Kata Anak Muda” dikendalikan moderator Ahmad Fedhri Yahya.

Moderator memulakan sesi dengan mengimbau kembali perjalanan politik negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehinggalah Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat oleh rakyat membentuk kerajaan pada Mei 2018.

Memulakan bicara Aktivis Malaya; Mohamad Anif berkata, perubahan paling ketara selepas PRU14 adalah semua orang baik di bandar mahupun kampung berminat untuk berbicara isu politik.

“Ini perkembangan positif. Kita boleh katakan akta demokrasi di negara kita berlaku secara nyata, pertukaran berlaku secara damai. Rakyat kini semakin peduli dengan politik.

“Itu menjadi cabaran besar buat kerajaan. Disebabkan itu, tindakan kerajaan sering diperhatikan rakyat, itu cabaran buat mereka.

Turut melontarkan pandangan Ahli Jawatankuasa Muslimat Legal Team, Muna ‘Adila Che Rime yang berkata selepas tempoh setahun mengambil alih kerajaan, PH dilihat masih gagal melunaskan janji yang diberikan oleh rakyat pada PRU14.

Pada masa sama, Muna’Adila berkata, kegagalan tersebut adalah berpunca daripada asas kepada gabungan PH sendiri yang lihat rapuh dan tidak stabil.

Bagi Ketua Srikandi Bersatu Cheras; Sharifah Azuani Sayed Mohd Ali yang mendokong kerajaan berkata, beliau mengakui ada kekurangan dan kelompongan dalam struktur kerajaan hari ini namun berharap rakyat perlu memberi masa kepada PH untuk memantapkan dan membetulkan kesilapan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Beliau juga berkata, bukan semua janji tidak dilaksanakan malah kerajaan PH masih ada 4 tahun lagi untuk melaksanakan janji-janji manifesto PRU14.

Ahli Jawatankuasa MBM; Mohamad Nazri Abdul Latiff pula berkata, setiap jentera pentadbiran kerajaan hari ini sepatutnya berhenti bercakap mengenai politik semata-mata malah perlu fokus kepada usaha menangani masalah rakyat dan negara.

“Saya nampak anak muda dah bergerak nak beri signal kepada kerajaan berdasarkan kepada beberapa keputusan PRK. Ini signal yang tidak boleh dipandang enteng,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan PRK tidak boleh mengubah kerajaan sebenarnya boleh dianggap cabaran kepada anak muda. Turut sama hadir pada program tersebut, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Exco MBM Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »