Home / Berita / LAWATAN MBM KE MDEC

LAWATAN MBM KE MDEC

KUALA LUMPUR 29 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi membincangkan beberapa program usaha sama yang boleh digerakkan.

Dalam pertemuan ini, MBM melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan mengambil kesempatan dengan memperkenalkan satu inisiatif yang dinamakan E-sports MedicA. Inisiatif ini merupakan program pendedahan dalam permainan e-sports dan permainan video secara sihat.

Dalam masa yang sama MBM juga memohon kerjasama pihak MDEC untuk terlibat sama menjayakan Konvensyen Belia Kebangsaan sempena Hari Belia Negara 2019. Konvensyen tersebut akan diadakan pada 15 Mei 2019 dengan mengangkat tema “Digital Native Agenda”.

Lawatan ini diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Exco MBM, Sdr. Mohamad Nazri Abd Latif, wakil dari Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Dr. Zatul-‘Iffah Abu Hasan dan Sdr. Muhammad Faries Faizal.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »