Home / Berita / MBM JAYAKAN KARNIVAL SUKAN LUAR BANDAR GALAK KOMUNITI LUAR BANDAR AKTIF GAYA HIDUP SIHAT

MBM JAYAKAN KARNIVAL SUKAN LUAR BANDAR GALAK KOMUNITI LUAR BANDAR AKTIF GAYA HIDUP SIHAT

KUNAK 27 April – Karnival Sukan Luar Bandar yang diadakan di dua lokasi Kunak dan Semporna berjaya menarik perhatian masyarakat setempat khususnya golongan belia untuk aktif dalam aktiviti sukan yang dijalankan. Kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam aktiviti itu memberi semangat kepada peserta untuk meraikan karnival terbabit yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Dalam karnival di Kunak sebanyak 24 pasukan bola sepak berentap dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah yang diadakan di Padang Bola Sepak Ladang Mostyn dari 27 hingga 29 April 2019. Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai dan pelbagai hadiah menarik itu mendapat kerjasama Sime Darby Plantation (Mostyn Estate).

YB Menteri Belia dan Sukan yang hadir merasmikan program tersebut turut menyertai perlawanan bola sepak persahabatan melibatkan Pilihan YB Syed Saddiq menentang Pilihan Kunak yang berakhir dengan kemenangan pasukan Pilihan Syed Saddiq dengan jaringan 2-1.

Beliau dalam ucapan perasmiannya berkata program itu antara fokus utama kementerian bagi menggalakkan penyertaan pelajar sekolah, belia dan masyarakat seluruhnya untuk bergiat aktif dalam bersukan.

“Kementerian akan memberi fokus lebih kepada program sebegini dan pembangunan infrastruktur sukan khususnya di kawasan luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak”, ujarnya.

Turut sama dalam program tersebut Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Dr Waitchalla R.V.V Suppiah, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hatipah Ibrahim, ADUN N.51 Kunak, YB Norazlinah Arif, Pegawai Daerah Kunak, Encik Susilo Sumarto, Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Encik Azwan Khamis, Regional General Manager Sime Darby Plantation, Encik Noor Azam Mohd Nasir, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohammad Fadzli Hasan, Naib Presiden MBM, Sdr. Azuwan Marjan, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Presiden Majlis Belia Sabah, Sdr. Ahmad Farid Sainuri.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »