Home / Berita / INTERNATIONAL YOUTH CENTRE ENGAGEMENT CONFERENCE (IYCEC)

INTERNATIONAL YOUTH CENTRE ENGAGEMENT CONFERENCE (IYCEC)

KUALA LUMPUR 25 April – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menganjurkan International Youth Centre Engagement Conference pada 22 hingga 28 April 2019 di Pusat Belia Antarabangsa Cheras. Persidangan kali ini membawa tema “Urban Resilience to Enhance International Youth Centre”.

Persidangan ini adalah untuk mengumpulkan profesional, pengamal dan pekerja pusat belia dari seluruh dunia untuk mengadakan dan berkongsi pengalaman mereka dalam membangun dan mengurus sumber modal insan mereka dan dalam tadbir urus pusat mereka dalam penyampaian program dengan tujuan untuk meningkatkan peranan dan kemampanan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

Beliau dalam ucapannya menyambut baik usaha IYC sejajar pendekatan Social Development Goals (SDGs) yang menekankan isu pembangunan mapan, belia bandar, latihan kepimpinan, fasiliti belia dan sebagainya.

“Saya juga berharap belia-belia seluruh dunia yang hadir ke persidangan ini menjadi penghubung keamanan sejagat”, tambah beliau.

Turut hadir Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM merangkap Ahli Lembaga IYC, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »