Home / Berita / WACANA ILMU: CABARAN, SEMANGAT DAN PERJUANGAN

WACANA ILMU: CABARAN, SEMANGAT DAN PERJUANGAN

KUALA LUMPUR 9 April – Diskusi ini mengetengahkan proses pendidikan hari ini dalam memanusiakan manusia yang lebih luas dalam sudut penyampaian. Pendidikan berdasarkan nilai dan bukan akademik semata. Malahan intelektual, soft skill dan kemahiran lain perlu disatukan dan diintegrasi agar dapat melahirkan modal insan yang mampan, seimbang dan kukuh dalam segenap segi.

Kesimpulan ini hasil cerapan Wacana Ilmu: Cabaran Semangat dan Perjuangan sempena Seminar Kepimpinan Siswa Guru Kebangsaan 2019 yang berlangsung hari ini.

Antara ahli panel jemputan ialah Sdr. Ahmad Firdaus Abdullah Tahrin, Guru Besar SK Pekan Lanas dan Sdri. Nazira Roslee, Guru/ Exco MBM. Sesi ini dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Hanafi Jamaluddin, Felo Pejabat Presiden MBM.

Seminar bermula 8 hingga 10 April 2019 di Pusat Belia Antarabangsa ini disertai lebih 135 orang wakil pelajar dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dari 27 buah Institut Pendidikan Guru seluruh negara.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »