Home / Berita / KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BELIA MALAYSIA KEPADA DUTA BESAR ARAB SAUDI DI MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BELIA MALAYSIA KEPADA DUTA BESAR ARAB SAUDI DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR 9 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengetuai kunjungan hormat MBM ke atas TYT Mahmoud Hussien Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia di sini.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan beberapa perkara berkenaan ruang kerjasama dalam soal pembangunan belia seperti program pertukaran belia, dana biasiswa, kuota haji belia selain mengeratkan hubungan baik sedia ada antara kedua-dua negara.

Turut serta dalam pertemuan hampir sejam itu, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Nizam Omar dan Setiausaha Biro Hal Ehwal Antarabangsa MBM, Sdr. Idham Hakim.

Pertemuan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »