Home / Berita / BICARA TOKOH YB. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM “PEMIMPIN: MENITI PERJUANGAN MENAKSIR MASA DEPAN”

BICARA TOKOH YB. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM “PEMIMPIN: MENITI PERJUANGAN MENAKSIR MASA DEPAN”

KUALA LUMPUR 9 April – YB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Mantan Presiden MBM ke-6 telah dijemput sebagai penceramah dalam slot Bicara Tokoh: ‘Pemimpin Meniti Perjuangan Menafsir Masa Depan’ sempena Seminar Kepemimpinan Siswa Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Belia Antarabangsa di sini .

Dato’ Seri Anwar berkongsi pengalaman di hadapan lebih 300 tetamu dan bakal guru dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru serta pemimpin belia mengenai penglibatan beliau dalam perjuangan idealisme.

Beliau menekankan bahawa dengan ilmu dan kesedaran yang tinggi adalah kunci utama menjadi seorang pemimpin yang baik.

Program ini anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Turut hadir Datuk Dr. Amin Senin, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Rusmini Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Pengerusi Tetap MBM, YB. Mohd Syahbuddin Hashim, Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha dan barisan kepemimpinan MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »