Home / Hebahan / [TELAH DITUTUP] Pertandingan Mencipta Logo Hari Belia Negara

[TELAH DITUTUP] Pertandingan Mencipta Logo Hari Belia Negara

1.0     LATAR BELAKANG

1.1 Tanggal 15 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa kepada semua Belia di Malaysia. Pada hari ini merupakan tarikh Hari Belia Negara. Sesungguhnya sambutan hari belia menjadi bukti pengiktirafan berterusan oleh pihak kerajaan dalam menjadikan golongan belia sebagai rakan kongsi utama untuk membangun dan memajukan negara ini.

1.2 Justeru, MBM berhasrat untuk mencipta logo yang menjadi identiti serta simbolik kepada sambutan Hari Belia Negara yang akan diguna pakai dalam kesemua aktiviti promosi, pameran atau percetakan sempena sambutan pada tahun ini.

2.0     OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1    Mengajak masyarakat khususnya generasi muda menyemarak dan menghargai sambutan Hari Belia Negara.

3.0     SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN

3.1     Syarat dan Terma Pertandingan

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun sahaja.
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
  • Semua ciptaan mestilah Asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.
  • Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan akan menjadi hak milik Majlis Belia Malaysia (MBM) dan tidak boleh dikembalikan. MBM adalah berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.
  • Ahli Jawatankuasa pertandingan dan kakitangan penganjur tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

3.2     Spesifikasi Reka Bentuk Logo

a)       Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.

b)      Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk “softcopy” menggunakan format AI (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.

c)       Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

d)      Reka cipta logo bebas mempunyai apa-apa warna mengikut kesesuaian.

e)       Reka bentuk hendaklah menterjemahkan konsep Youth Power (Kuasa Belia)sertamenarik, jelas, mudah dan kemas.

3.3     Borang Penyertaan

a)       Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.

b)      Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:

·        Nama Penuh;

·        Nombor Kad Pengenalan;

·        Alamat Penuh;

·        Nombor Telefon; dan

·        Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui pos atau emel (dalam format .ai dan .jpeg)

c)       Penyertaan dibuka mulai 4 April 2019 (Khamis) hingga  15 April 2019 (Isnin) 12.00 malam. [TELAH DITUTUP]

d)      Sebarang penyertaan yang diterima selepas 15 April 2019 tidak akan dilayan oleh pihak Urus setia.

e)       Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Urus setia,

Pertandingan Mencipta Logo

Sambutan Hari Belia Negara 2019

D/a. Wisma Majlis Belia Malaysia

No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2

Bandar Tun Razak

56000 KUALA LUMPUR

Telefon : 03 9173 2761/63

Emel : mbm@belia.org.my

f)       Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis “Pertandingan Mencipta Logo Hari Belia Negara”

g)       Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

4.0     METODOLOGI PENILAIAN

4.1    Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima peserta yang menyertai pertandingan ini.

4.2    Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo yang dihantar kepada Urus setia pertandingan.

4.3    Hanya satu (1) reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.

5.0     PANEL PENILAI

5.1    Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk berasingan.

5.2    Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai.

5.3    Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan.

5.4    Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu.

6.0    HADIAH PERTANDINGAN

6.1    Hanya satu ciptaan sahaja akan dipilih dan pemenang akan menerima hadiah bernilai RM 3,000.00

6.2    Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus setia melalui telefon, surat atau email.

Sila muatturun borang penyertaan disini BORANG PENYERTAAN

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »