Home / Berita / Kunjungan Hormat MBM Ke BERNAMA

Kunjungan Hormat MBM Ke BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Mac – Buat julung kalinya Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada pengurusan tertinggi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Wisma BERNAMA di sini. Delegasi MBM diketuai Timbalan Presidennya, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan disambut mesra oleh Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang dan pegawai tertinggi BERNAMA.

Sesi interaktif kedua-dua pihak menerangkan halatuju dan situasi semasa organisasi masing-masing. Muhammad Fadzli menerangkan peranan MBM yang bertindak sebagai One Stop Centre (OSC) kepada semua kategori belia di Malaysia sama ada yang terlibat dalam politik ataupun terpinggir (golongan berisiko). Fokus utama MBM adalah menyantuni semua golongan belia yang telah digariskan di dalam Dasar Belia Malaysia.

Dalam pada itu, MBM juga memohon kerjasama BERNAMA sebagai sebuah entiti media berpengaruh termasuk rangkaian antarabangsa dalam menyebarluaskan suara dan program-program belia.

Dalam respon balas, pihak BERNAMA juga mempelawa MBM untuk bersama-sama membantu mengembangkan projek safety group yang diperkenalkan oleh BERNAMA. Inisiatif berfokus kepada advokasi keselamatan jalanraya melibatkan penunggang motosikal yang rata-rata golongan muda.

Selain itu, mereka juga menyarankan agar MBM memainkan peranan proaktif dalam membendung gejala rasuah di Malaysia, BERNAMA bersedia memberi ruang kepada MBM untuk menyertai slot radio yang melibatkan kerjasama SPRM. Selain itu, ruang lebih luas sama ada dari sudut berita dan peluang muncul di kaca televisyen turut ditawarkan bagi menggerakkan kempen tersebut.

Ahli-ahli rombongan seterusnya dibawa melawat unit Jabatan Pengarang, BERNAMA News Chanel, Multimedia Centre dan BERNAMA Radio.

Semoga silaturrahim dan kerjasama yang terjalin antara MBM dan BERNAMA ini mampu membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »